Friday, December 30, 2011

Lunch wit my BFF

Korunk dah lunch??

Hari terakhir lunch diopis pada tahun 2011 ai di’spend’ with my BFF bakal Pengantin voguee.
Alhamdulillah, dapat gak ai spend masa wit Fiza, wlpn kejap tp klw dah namanyer BFF …masa bukan penghalang nak mesra2 cemolot gittew.
Patutnyer arinih kitorunk tenet2 gegirl kuar windowshopink sesama gi Garden.
Plan nyer dah lamaaaa…sejak dr last jumpa masa makan kat Wang Solo last last last week…
Time tu nak bersembang xpuasss….maklum ler ada escort kan…nak beria citer tuuu bukan laa kater xboleh… bolehhh jer tp ai reti laa jugak segan ngan tunang Fiza & GG...heheheh

Yg iyernyer, kitorunk jer yg takut duorg escort nih nanti kecik ati. Sbb pompuan2 ini klw dah mula nyembang mmg mater dah xleh nak kaleh tgk org lain dah. Fokus berduaaaaaaaaaaa jerrrr.

Makanyer pilih ari nih utk kuar sesama lepas keje ---u see mee...ai see uuu---
Heran jugak sebnarnyer…xcukup ngan call, email berantar, sms, FB n chat, tetap byk jer halwalkeysah nak citer. BFF kan…

Lunch kali nih redah kat ikan bakar Tmn Kem…walaupun dah basuh bersih tgn tp air assam dia baaaaaaaaaaaiiiiiikkkknyer bau still terlekat kat tgn.
Nak amik gamba pun td xsempat, sbb leleh air liur dah tgk ikan bakar brasap2 baru masak…xdan nak hingat snap pic.

Elok2 Fiza nak hanta balik opis…abah call tanya pasal kunci umah …kunci tu pada ai, dlm keter ai. Mujur Fiza ada, mintak tolong dier laa antokan kat umah. Wa nak larik balik umah mmg xsempat arrr …boss lak ada. Raser2 elok dpt keje setahun lagi …buat perangai terus kene terminate lak kang… sedeeeyyy.

Masak laa fiza kene soal jawab ngan abah n mak ai…
Maklumlerr org tua2 nih excited terlebih tang hal ehwal kaminmawen nihhhh…
Abah n mak ai tu sejak ai kawin 3tahun lepas, klw boleh sederet2 anak yg ada diorg nak kawin kan terussss… hahaha…bayangkan adik kedua ai kawin setaun jer kut lepas ai…lepas nih adik no 3 ai pulak kene asak biler nak kawinnn…..
Abah ai lagi best, dah plan nak siap pilih tema kaler silver utk adik pompuan ai no.4 dlm pada dia sebuk nak kawinkan adik ai no 3.

Seronok kuwt kawen kan anak.
Kita nanti pun klw panjang umo merasa gak pengalaman mcm mak ayah kiter tu nanti.
Dgn izin allah… insaallaaahhhh.

For my bestie---Fiza, I luv U…ngauuuuuuuummm (Leo kan ) :P

Tangis???

Usah kau TANGISkan pada cinta lama
Usah kau impikan kita kan bersama
Biarkan ia
Terus berlalu bagaikan mimpiii~~~ nak nyanyi lebih, p carik lirik sendirik :P

cukup mendayu-dayuuuuu lagu tema kiter pagi nih.
Wa just nak stori pasal buah Moktan & Manggis sebenarnyer
Moktan + Manggis : Tangis

Gedet?

Masa ai kecik2 dulu kan, especially masa ai sekolah rendah laa…selalu jer ai kecik ati ngan dua tiga kerat kawan ai yg ada tu. Especially, klw part balik kg halaman time cuti sekolah. Masing2 tak mo tunjuk kalah.
Paling xmenahan bab musim buah kat dusun tokwan demer. Boleh kata naik jer kelas, terus menebeng kat meja n start eksen ngan ai.

Ai: Kg kita xder --- belum apa2 ai dah ckp xder

Kenkawan: eh, mak kita ckp perak ada pokok buah durian

Ai: kg kiter xder

Kenkawan: kg kita ada~~~banyakkk…bukan satu tp banyak pokok dia

Ada rambutan, ada langsat, ada buah yg mcm rambutan tp bukan rambutan tp kene pulas-pulas

Ai: kg kiter takder

Kenkawan: abis, balik kg tak makan buah kat dusun?

Ai: makan buah…koko.

Haahahahaha.. tu jer laa bahan ai nak rasa up sikit…
Klw ai ckp pokok pisang n buah kelapa…sure ai kene kondem byk lagikan…hahaha
Kg belah mak ai kat Bagan Datoh
Blajar geografi kan?
Ada tanaman apa kat situ? Yess kawan2 …byk pokok kelapa, pisang n koko yer.
Kg abah ai pulak kat Sg Besar…yer kawan2 tanaman padi a.k.a Bendang terbentang luas disitew.

Ai percaya kata-kata tu adalah doa…cepat or lambat jer allah nak makbulkan.
Contoh terdekat ai laa.
Tau2 jodoh ai ngan Tuan…secara xlangsung dpt realisaikan impian ai masa kecik2 dulooo…
Impian feeling2 nak ada pokok buah sendiri~~~miahahahah
Tp xpenahlaa pulak ai interbiu tuan masa becinta dulu tanya idup2 …eh umah u ada pokok/dusun buah x?
Xderlaa kan,..xpenah.. plus…tuan pun xpenah nak citer or nak bawak buahtangan dr kg klw dia balik . So biler first time ai dtg umah dia masa tunang dulu, mmg surprise …hehehe

Surprise suker---coz yeayyy, finally ai leh buat gimik kiss-kiss buah atas pokok.





gadis moktan Senaling

gigih bekerja mengumpul hasil
Sangap gulamoktan




Main cecapai tangan jer manggis tu

sila tgk manggis didlm bakul...bukan Abe manggis yg manis


ai yg 'pentamak'
bawak kat opis moktan jer
Manggis buat layan masa tgk Tentang Dhia
ehhh korunk tgk Tentang Dhia last episode smlm?

Thursday, December 29, 2011

pusing-pusing sekitar JB

::meh, ai nak sambung citer kt Johor::
Danga bay
Dataran Johor
Istana...terlindung dek pokok


Motipp sgtkan Tuan amik gambo majlis bandaraya JB

nak jugak selit HSBC dierrrr...haishhh

gambo ospital pun Tuan amik
xpaham patik, Tuanku
hahaha
------------------------------------
tu jer laa gambo yg hado sekitar JB
ada yg lelain tp nanti puas pulak korunk main tekateki
gamba apakah itu
hehehe
----------------------------------------

Aimed ke Johor kononnyer nak mencari handbag/kasut/blouse…salah satu. Bukan semua yer. Tu niat ai dlm hati jer. Ngan Tuan pun ai xbagitau. Asyik2 FridgeMagnet jer kan, sekali2 tukar hadiah cenderamata beshhh jugak.Plus keperluan jugak tu coz, handbag g keje dah nak putus tangannyer. Mungkin sbb ai tanggung bawak brg stocks seminggu dlm tu. Manjang jer haus tangan2 handbag ai tu. Aimed xmo yg mahal2…memurah pun jadik sbb nak melenjan pakai hari2 ke opis.

Kasut pun keperluan gak..sbb ari2 kitapakai kasut kan…xrugi klw beli, sbb atleast ada extra lagi satu.

N blouse gak perlu sbb size ai dah byk sgt berubah skrg. Malas nak explain lebih :P

Tp, tak kusangka pulak trip ke Johor ni memang betui2 bangah & Liza ajak g shupink.
Mcm tetauuuu jerrrrrrrrrrrrrrrr…ker chop mood shupink atas dahi ai blink2 cerah sgt smpi diorang leh nampak? Takkan laa kowt? :P

Tempat pertama-tama yg Bangah n Liza bawak kitorunk g ke Plaza Angsana.
Time sampai tu kul 11 lebih kowt…
Sapa2 yg penah g Plaza Alam Sentral + Plaza PKNS, Shah Alam sure korunk pun akan dpt byg camner Plaza Angsana. Sejibik ko~~~
Yang membezakan,Plaza Angsana lebih besar n kedai/butik jualan peniaga melayu lagi ramai. Kredit banyak-banyak star cemerlang kat situ, sbb ai mmg sokong sesangat org melayu niaga.

Klw ikutkan, tgk jer dah berkenan tersuker n nak beli…tp semua godaan tu ai berjaya tepis. Hebat tak?
Realitinyer idak laa hebat tara mana sgt pun coz ada blouse nih ai berkenan tp size xder..miahahaha. dah jimat duit kat situ. Nampak mcm size ai…tp kat b@@b tu sendat…xboleh xboleh.

Eh korunk minat tak Rozita Cik Wan a.k.a Cik Ta??
Memang tul laa org ckp CikTa ni lawo, melentik2 kowt.

Lagi sekali I repeat…melentik-lentik kowttttttt



Sbbnyer time kitorunk g Agsana tu Safi Rania tgh wat roadshow…and as duta Safi Rania, sah2 CikTa ada sekali.

Cukup laa yer, ai jamu mater uol ngan RCW ni.
---byk sebnornyer gambo tp bukan ai yg amik tp Tuan.
Kemain excited jumpa RCW, setahu ai taste dia *NMK jer…
*NMK: Norlia Mohd Kassim
miahahahah

lagi gambo NMK
with lil princess Mimi
mimi buat mata stimmm uolzzz..mampooo?? 

Safi Rania nih ramai yg ckp elok.
Especially tang serum dia tu. Ramai yg dah cuber n berkesan.
Terigin gak nak try, tp ai takut. Sbb kulit muker ai nih sensitip, cepat naik jerawat…huhuhu
Klw tang lain tu ai berani laa nak belasah pakai…lotion/perfume/bedakbdn/sabun.syampoo semuanyer ai bedal guner xkisah. Tp tang muker, ampun xmo. Wlpn yg current ai guner nih bebiasa jer tp tu laa yg buat ai bertahan pakai. Wlpn xderla wajah ai skrg nih spotless bersihsesucikulittelurdibasuh tp banyak laa perubahan berbanding dulu. Jerawat still ada tp terkawal istilahnyer. So marilaa kita guner Natasya. Klw suker emas mcm ai…leh guner set Natasya Gold yer kengkawan. Tetiba promote tanpa dibayar.

Baiklaa sambung citer

Paling xsangka leh lak ai beli kaftan batik Kelantan masa kat sini. Miahaha… kelantan?? Johor?? Johor?? Kelantan? Guano mu nih :P
satu utk ai

satu utk ibumertuaku

Ada plak Festival Kraftangan Malaysia kat dataran tepi Angsana nuh. Tu laa ai ckp, rezki ai alhamdulillah Allah lorong dipermudahkan. Sbb seingat ai laa kan, ai baru jer pesan kat adik opismate ai utk belikan kat ai kaftan 2 helai klw dia balik kelantan or Terengganu.
Tup tup dpt lak beli dis week…alhamdulillahhhhh.

Letih rayau kat shupinkmall, seterusnyer pusing kat bandar JB n amik angin kat tepi pantai smbil makan rojak petis. Sedapppppppp laweeeihhhhh. Serius sedappppppppp. Sbb ai jarang mckn petis2 nih sbb takut gatal2 kan. Petis tu dr udangkan?
Tp, yg ni mmg xleh nak tolak …makan smbil layan feeling cinta2 ngan Tuan. Dr kenyang leh lapar balik coz muker lapaaa jer semedang.. hahaha :P



leh nampak Singapore dr sini

kami sakuarga


Pukul 4lebih kowt time tu...lapo benooo terus rasa teruja bila Bangah ckp nak ke Jusco.
Jusco Tebrau klw xsilap.
Besauuuuuuuuuuuuuuunyer…Kalah J.J Bukit Tinggi. Mcm2 kedai ada dlm tu, paling xmenahan leh ada plak outlet KerbauCoklat kat situ…
Haishhhhhhhhh godaan-godaan…macam tau2 jer ai dah pasang niat. Allah permudahkan aminnnnnnn.
Tp, ai xderlaa membeli. Sbb dah ckpkan utk 2011 shupink dah ditutup.
Sekadar tengok, pegang n belek jer laa yg mampo. Naseb baek xder outlet AH…
Xper, bagi peluang utk kumpul duit dluuu…so KerbauCoklat & AH…klw ada rezki 2012 kiter jumpa k.

Mlm tu pulak lepas jer punchcard kuar dr J.J sertamerta g ke BazaarKarat..
First time dgr?
Johor ada Bazaar Karat tp kat tmpt lain dipanggil DownTown gittew...
Kat mana Bazaar Karat tu, ai xtahu laa..heheh sbb ai mem'follow' Bangah ngan naifnyer ---ai follow sampai terfollow keter lain..sampai sesat larat.
Tp senang ckp mmg dekat tgh bandar laa.. sbb masa ai gigih fokus terfollow keter lain tu, last2 ai berenti kat bangunan JB CtSquare ker City Centre...huh??iyer ke?matik la xhingat nama. Tpkan, yg nyata masa ai tunggu bangah pick-up tu ai pasan yg kaw tu mmg tmpt bandar2 berhenti byk2...haaa kat situlaaaa. makin lama ai tunggu makin jauh kedepan ai nyusup coz paham2 jerlaa bus2 nih...maner leh tgk keter tumpang laman dia...mulalaa naik highbeam...huhuuhuhu...encik xpasan ke plat kete kami B..bukan J.

Jenuh berjalan satu hari...kuar umah kul 10 lebih-sampai umah dekat pkl 11lebih kowt.
lenguh kaki toksah cakap laa...kalah trip Sabah bulan 5 ari tuh hahaha. Rugilaakan, xg tgk tmpt org...bukan senang nak sampai sini.

Apa yg ai beli kat JB?
- 1elai Kaftan batik & 2bijik Fridge magnet (dah selamat tepek kat petisejup)

Wednesday, December 28, 2011

Vitamin "B"

Hujong2 tahun cenggini, badan mula laa naik sengal-kematu-longlai.

Especially bagi yg carik rezki makan gaji mcm ai nih. Especially yg keje swasta mcm ai ni gak… and punyer plan yg kene ‘hold’ dulu mcm ai
semuanyer mcm ko…ingat org lain xder life mcm ko?

Sebnarnyer ai nak tanya…
Bonus tahunan korunk dah dpt?

Tanya perihal duit org selamberr jer kan.. mungkin dah terbiasa kut aju soklan tu kat Tuan ai…smpi terbawak2 tanya kat uol.. hahaha…Elee, tp ai tahu ramai jer yg suker nak kepochi2 kaknam tang deduit nih. Betui x?

Realiti---usahlaa beria nafikan…

Kt tmpt kitorunk nih tiupan kencang angin B dah mula melanda ngan hebat sejak past 2 weeks.
Ramai tul yg ahliwalnujumi --- bagi kata2 semangat esok masuk B, lusa…tulat…tonggeng. Tp, xder pun yg berani kata HARI INI masuk… hahaha

Penah tanya tak kenapa?
Sbb suker spekulasi laa cik kiah…coz spekulasi memberi harapan, bila dah ada harapan menerbitkan impian, xsempurna impian tu klw xdijadikan kenyataan. Naaaaaaahhhh---3 fatwa berangkai punya kaitan ngan bonus.

Last2 kuar memo shahih--- Sabtu ghupernyer.
Ai baru sempat tgk tadi.
Perlu tgk sbb mana laa tahu yg seciput tu laa kan nak dipotong/dikerat.
Dah kat memo terang2 dinyatakan semuanyer berdasarkan performance…hmmm tang nih ai xmo komen.
Tp, alhamdullillah…boleh laa ai baiki keter ai.
Aircond nyer buat hal…xsejup mcm biasa.

Xsilap ai, pomen tu ckp tiub tu bocor. Masa ai nak tukau ari tu diorg ckp brg kene order, klw nak on d spot mmg xder. Time tu plak ai nak g trip ke Terengganu. Mana tahan kan pepanas cengitu tanpa rasa salju. Makanyer, pomen tu penuhkan tangki gas ai. Dia ckp tahan utk beberapa bulan…nanti dah kurang sejup, dtg n betulkan.

Waaaahhh…kudamerah ai nih mcm faham2 jer yg tuan empunyerkuda udah ada daya untuk baiki.
Kene allocate fulus utk baiki apa yg patut
Selebihnyer kene simpan dlm tabung. WAJIB.
Tuan awal2 lagi dah bersuara…tahun 2012 adalah tahun utk menabung.
Puan pun ckp “Baiklah”- Sungguh suci jer jawapan yg isteri bagikkan?

Tp cayolaaa… ai akan berusaha utk menabung sedayamungkin.
Buku conteng utk kire2 budget 2012 pun dah ada dlm beg tgn yg hampir rentas tu. Miahahaha

Nasib baik ai dah terbiasa ngan budget kecik.
Selama nih pun mmg separuh gaji membayo utk ASB…
Wlpn kenkadang terasa kelip2 mata teringin ituinisegalabagaitoknenekmakcikpokcik tetapi cukuplaa jamu mata jer kat kedai.
Asal teringin jer…menjelma laa ai kat window2 kedai tu.
Dpt tgk pun jadiklaaa.

Tahun 2012 ada yg sediamenanti utk kami usahakan.
Doakan utk kami semuanyer berjalan lancar.
Insaallah. Amiiin

Tak penyek pun xper

Last 2week plan kejut2 nak jumpa ngan Fiza, sebab rasernyer dah lama sgt kut x geder2 ngan dier. Member stock bz manjang. Maner nak berkejar ngan outstation yerr...mana nak buat preparation kawin nyer. Pulak tu jenis bride-to-be yg buat sendiri nih. Makaaaaaaaaanyer, adaalah ai kagum disitew. Keje kawin, sikit sebanyak mmg definitely akan terasa bahang tensennyer. Wlpn kita cuber nak wat rileksss..tp sendiri tipuk laaa klw xraser gementar yg amat biler mikir byk preparation yg perlu dibuat. Kata-kata yg semestinyer POYO kerna - saya adalah ex-bride yg semuanyer diorder dr tokeh gudang persiapan kawin. 

Apa? ai ni nak bagi panduan pada bakal pengantin sorunk nih?
nenek mintakhampun laa Cu~~~
ai nih kawen lenjan jer...semua main belasah order.
Reason sbb ai mmg xreti---sungguh!!! anggota semua kejung tang kraf2 tangan nih.
aikk... takkan laa sendirik xder wedding dream?
ada tu ada, tp D.I.Y prepare wedding tu xpenah wujud dlm senarai kerja wedding ai dulu.
yg ada byk perkataan nak beli, beli, beli, n forevernyer adalah beli
buat sendiri???
ada---taik mata, itu pun masa nak tunggu mak andam siapkan ai.

lagi ada ati nak bagi panduan pada my fren nih???
gelakkan diri sendirik coz ai tunang ngan kawin dulu pun Fiza yg byk tolong ai... hahaha, sampaikan buat corak2 inai kat kaki pun Fiza yg buatkan. Nampak tak betapa multitalentednyer engineer sorunk nih.

ai jumpa dia lebih kepada ai nak tahu mcmner nak ke majlis dia next year...bowlehhh??
sbb ai nak plan our trip awal2 (plot cuti ai, booked flight/drive sendirik & hotel, budget shupink---adooo jugeeekkk). Xmo ada alasan xdpt pergi ...uhuhuhuu rasa bersalah xdpt attend majlis tunang dia pun smpi skrg susah ai nak edit lagi...isk isk isk

alang2 tu ai mau merialisasikan keinginan ai utk jamah ayam penyet yg glemer tu.
mana2 ai hop & read blog2 org sure akan citer pasal ayam penyet nihhh.
Ai heran gak sebnarnyer, sbb klw bab makan2 selalunyer lajuuu jer ai say 'OK, saya nak cuba' tp tang ayam penyet nih mcm lebih kepada musyekel...iyerlaakan tgk gambo pun mcm bebiasa jer... xderlaa sampai terliur2 sgt.
Tp yg buat bertambah musyikil, iyernyer sedap.
Rahsianyer terletak pada sambal dia ghupernyerrrrrrrr
Bila ai ckp ngan Fiza yg ai terigin nak try Ayam penyet, minah tu bawak ai makan kat Seksyen 7 kat Wang Solo.
Sapa yg xreti tu---kat Uitm (pintu belakang) seblah kiri ada Jakel, sederet ngan kedai tudung Hajra...klw xpakai tudung pun sure boleh jumpa sbb HattaDolMat punyer kedai pun sederet situ gak. Motifff sgt kan uol nak berHattaDolMat

biasa jer kan...kering belalahhh
ayam ai diorg luper nak'penyet' kan
tp percaya laa sedap sbb sambal dia yg buat sedap

daging di'penyet'
Fiza situkang bawak & GG situkangikut

biler si android & dak BBM bertemu
nokia mcm ai dipinggirkan...
iskiskisk

Elli yg asyik gerak2 bila disuruh bergambo

air 'alpukat' kowt nama dia
katanyer avocado + coklat
pekat tul rasa mcm minum kanji
minum pun dah rasa kenyang ---tipu yer disitu

Tuesday, December 27, 2011

Letih ngan Ngantuk

Klw ada yg terpasan ai byk citer kelauuuuuuuuuuuuuuuttt jer halanyer pagi as-salasa nih, sedia maklum ai tgh pegang sepanduk maya yg tertera seperti caption diatas. Menambahkan rasa nak mamai ai, bila ngenang Tuan sambung choti ari nih…berdarah hati ku nak melangkah kuar g opis pagi tadi… mencikkkkkkkkkkkk…isk isk isk


As-salamualaikum semua,

Weekend anda selama 3 hari tu buat per…main seleji?? Alolololooooo---sangat kismis dihati krismas uol.

Selamat ari natal yer pada yg nyambut :)

Yg dok sambung choti-chotik lagi whole week minggu nih smpi ke taun baru, ANDA adalah insan dimayapadaini paling saya carik…tolong saya adjust elok2 choti saya yg 18kerat nih utk tahun depan. Sapa leh tolong, ai bagi plastik penuh buah moktan pakej semut2nyer sekali---nak tunjuk betapa freshnyer disitu.

Baiklaaaaaa,
bekpi org xtanya tp ai tetap nak citer.
Last week ai jenjalan kat Johor… johor je??
Salah tuuuu---ai rentas 4negri uol..in 1 day… mampoooo??---jgn nak memandai nambah ‘s’ kat ayat terakhir ai tuhhh.

Sel – N9 – Melaka – Johor
Yess---kemain jauh kudamerahkularigagahberaniiiii

Sgt bermotif keJohor adalah melawat Bangah sekuarga kat Plentong

Campur tolak taun, dekat 2 tahun ngulang ayat “Insaallah, nanti akak smpi sana ”.
Haishhhhhhhhhhhhh 2 tahun dah hokehhhhhh…mallewwww disitewwww.
Rancang—tp x rancang-ranjang-rancang sgt pun trip nih.
Yg iye nyer malehhh nak iye-iye plan gitugini…
Coz, klw iye2 sure ada yg sangkut xmenjadi …baiklaaa lenjan jer. Ada masa kita terjahhhh.
Kejadian terjah-menerjah nih laaa yg seswai n terlekat dihati. Tau2 jer dah sampai kan… mesraaaaaaa jer rasa.

Ai lelah jugak laaa kali nih, gillerr kowCOw. dr Clunk bertolak kul 10am, tp smpi Pilah pukul 1.30++ . Penangan org slow – tgk accident kat highway hala Seremban – KL. Tau laa dasat jugak 3buah bus n 2 buah keter kat highway hala ke Seremban. Tau ai stuck jammed dr mana???

Sapa yg biasa layan highway balik kg tu sure tau kan, Dr SEBELUM signboard “Selamat Datang ke Negeri Sembilan Darul Khusus”… terasa khusus sesangat berpagi2 cenggitu utk stuck jammed. N.I.C.E

Dpt regang pinggang jap seblum sambung perjalanan ke Plentong.
Berbekalkan rendang ayam kg & Ikan sembilang bakar masak lemak cili api bubuh buah machang/bachang- Toksah tanya pun dah tau yg ai xder nyer reti masak menu yg disebut diatas. Semua tu hasil kudrat ibu mertua ku. Terbahek-termehek-mehek.

Jakun jap sebnarnyer, coz seingat ai laaa masa kecik dulu jer ai penah smpai…xsilap masa umo 10 or 11 tahun kut. Tipukkkkkkkkkkkkkkkk, 3-4 tahun lepas kowt ada sampai kt JB. Tp disebabkan trip kompeni, harus memori tu di’delete’ hahahaha…kejhi tak?

Double kejhi sbb tetiba ai raser nak stop citer dulu
sambung time mood sampai upload ngan gambo sekali...
bye

Tuesday, December 20, 2011

being bad Kitty :(

Apsal ntah ari nih perasaan annoying tu still ada melekat kat hati lagi.

Lama betul, sejak dr semalam kowt.
Terukkan…haishhh
Masalahnyer…xtahu lak perasaan ni terganggu pasal apa.
Dtg tetiba jer semalam…
Kesian kat Tuan…
Terpaksa melayan karenah isteri yg tgh kelat.
Haishhhhhhhh
Tapi kenapa plak ai nak kelat2 semalam?

Jujurnyer,
Semalam keluar tgk movies yg Tuan dah lama nak tgk Mission Impossible.
Mmg impossible sgt – sgt nak sampai kat The Garden seblum pukul 4pm --- tiket dah sesiap beli kelmarin.
Coz, packed giler kowt…bencikkkkkkkkkkkk
Jammed lagi nak masuk kat area sittewww… double bencikkkkkkk
Org ramai giler….triple mencikkkkkkkk

Yeap… my penyakit ‘buduhpiang’ adalah seperti yg dijelaskan diatas.

Saya adalah memang xsukerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr sgt bersesak2 cenggitu. Rimaslaaaaaaaa.

Sudahnyer lewat 30 mins.
Kesian kat Tuan, so beli laa new set tiket yg baru kul 9pm.
Disebabkan mood Puan dah rosak…tujuan asal utk shupink dibatalkan.
Tiket yg awal tu nak burn cenggitu jer, terasa pulak sayangnyer. Baik masuk jerlaa wlpn dah lmbt… at least dpt tenangkan hati yg panas dgn berdua-duaan wit Tuan.
.
.
.

Nasib baik laa Tuan nih dah faham fe’el xsemenggah binik dia klw tang sesak2 nih.
But feel sorry sgt kat dia jugak…terpaksa tgk muker kelat + senyap melampau binik dia semalam.
Ai tahu, mcm bodo marahkan traffic yg sesak…
that why ai ckp tadi penyakit ai yg ‘buduhpiang’.

Lepas tu, Puan nak makan pulak~~~lapar giler kowt, just minum air jer seblum kuar umah tadi.
Ni pun nambahkan kelat dihati---nak nagis suda.
Tuan bawak ke Tony Roma’s
Wlpn penuh tp at least dpt table yg terceruk…finally, privacy sikit…sikit jer laa.
Ai amik salmon…but the salmon a bit dry, xsyok..but habis jugak sbb lapa
Tuan amik BBQ chic---xhabis makan pun, sbb byk sgt.
Amik set starter---xhabis pun sbb ayam dia masam sgt…xsuker…bawang goreng berkoyannnn. Hell who yg makan bawang mcm makan fries?? Bencikkkkkkkk…

Seee… semua adalah bencikkkk…
Nampak sgt bengang ai satu hari kat sitew.

Pkl 8.30pm gerak naik ke Signature balik…on d way jumper HallMark~~~
And
Awwww.. so sweet of him…thanks sayang. That’s why hanya Tuan yg beRAJA di hati ai.
.
.
Second round MI

Ai xmampu nak bertahan. Diri sendiri rasa penat layan mood xbaik nih.
Ai tgk Tuan tgh fokus layan.
Dah cukup sweet dia bagi kad utk pujuk ai kan, so better not ganggu konsentrasi dia.
So ai decide utk tido.
Sesedar jer dah nak habis.
Mungkin sbb dah dpt tido…so, mood ai dah okies sikit.
Time nih dah dekat pkl 12 raser nyer…
Sempat singgah kat gerai area rumah utk ilangkan haus…
Reach home nearly 1.30 am
Dengan make-up still melekat kat muker terus tido
Hmmm…buruk perangai


Sayang after dis, ai think we better not to change our movie schedule…
Kiter tgk mid-nite jer laa kat situ…klw xpun, at least pukul 9pm.
Melainkan klw your wife nih dah set her mind utk ajak her husband g situ during peak hour then xper sbb time tu she herself yg willingly offer diri redah traffics.

Sorry sayang, You know I luv u…
but my penyakit ‘buduhpiang” reaaaaallllyy hard to get rid off.

Say it confirmed to upcoming movies Sherlock Holmes at nite k.

Me luvya alotzzzaaa

Monday, December 19, 2011

mana oh mana Pelengkap Anibersari kuuuuuu~~~~

*Sila nyanyi ikut lagu Aizat--mana oh mana


Dah dekat seminggu anibersari ai n Tuan...
tp pelengkap nya Tuan xbagi2 lagi~~~
wlpn dah dpt hadiahnyer tp still...serba xkene jerrrrrrrr ai raser. Ada kurangggg~~~

Gucci for Him
Chanel for Her
many cheeerrrsss for 3rd years

hmmm
xleh jadik nih
walau mcmner pun Tuan kene bagi ai 'pelengkap' jugak
wajib!!!

Sunday, December 18, 2011

Pagi sabtu

kesian kann....letih amat kuwt.

*sila abaikan ghuper ai yg comot disittew*

Terpana tido.
Asalnyer ai cadang nak antar Tuan balik umah dulu. Biarlaa ai settlekan hal2 selanjutnya sendiri. Alhamdulillah,ai bukannyer categori 'wanita xberdaya'. Maybe sebab dah diasuh n ditrained dr kecik utk lebih bersikap independence n selesaikan masalah sendiri oleh parent ai. Plus, having a mom yg "strong lady",sikit sebanyak sikap mak tu tertumpah kata anak2 perempuannya.
Insaallah, klw ai rasa ai can uruskan, ai akan cuba tolong settlekan...klw pun rasa xmampu at least ai akan berusaha mempermudahkan keadaan. Suami isterikan...ada ke isteri yg suker nyusahkan suami???

But knowing him yg xsuker nak lepaskan ai g sensorunk...makanyer nak ngikut jugak. Bukan apa sgt pun, i nak hantar keter ai service jer kowt.
Appointmentnyer ai dah set  awal2 jumaat lepas...amik slot kul 10am.
Dah lama giler ghupernyer ai xservice keter...yea, sedikit keculasan disittew.
Selalu ai mmg hantar service kat PantaiBaru area Meru. Seblum ni ai buat kat Perodua Pandamaran sana. Tp disebabkan satu incidence yg menimbulkan rasa tidak puashati ai, ai tukar ke PeroduaPantaiBaru, Meru.
Since then ai dah x tukar2 lagi.
Coz kat sini lebih selesa, service pun lebih bagus...tempat pun lebih besar.
dan peluang nak cuci2 mata pun bykkkkkkkkkkkkk
Cuci mata apa disitteww???
adalaaa.. nanti ai stori jap lagi


nun jauhh dihujung sana keterku yg banyak berjasa

kali nih ai buat major service.
nak jalan jauh next week...so kene prepare elok2.
Alhamdulillah, keter ai xbanyak meragam.
klw ada pun takat tayar bocor n aircond kurang sejup jer...adapun yg teruk sikit, masa driveshaft rosak.
Alhamdulillahhhh...tu laa yg sayang giler kat kembara merah nih.
My first car...
ai yg xpenah memandu or curi2 memandu, terus beli keter nih lepas seminggu dpt lesen tahun 2004. Cukup kumpul duit setahun --- naik bus turun bus. Tmpt keje ngan umah ai xlaa jauh mana. Tp ai terpaksa amik 3 bus setiap pagi utk smpi opis. Klw naik keter 20mins jer dah smpi. Mmg tekanan jer masa tuuu.

 Menu breakfast ai kat Cafe, PantaiBaru
dpt kupon makan 3ringgit sbb service kat sini.
alhamdulillah...mcm tau2 jer perut ai nih meragam lapo pepagi.
.
.
.
.
yeap...inilaa yg ai maksudkan ngan cuci-cuci materr tadi.
Mencari yg seswai ngan diri serta budget.
kene survey betul2...xkisah laa makan tahun.
Sebab ai jenis klw dah beli satu, tu jer laaa smpi akhir.
xder nak tukar2 dah
kami nih bukannyer ada byk ringgit
rezki yg ada sikit nilaa kene bijak berbelanja
target keter family utk kemudahan keluarga n
keselesaan anak2 kami.
Bila tahun nak dpt tuuu...wallahuaklam
Mungkin hari nih ai dpt baby, esok beli keter baru kot...
miahahahaha...sedikit kejhi disittew

next agenda
g beli tiket wayang utk esok.
Ni sumer idea Tuan laa nih...dlm larat xlarat, nak gak ke sini.
Jenuh harung jammed dr keluar tol area Subang tu smpi laa  kat The Garden.
eceeeeeeeeee...bunyik mcm sentap ngan Tuan jer kan, tp hakikatnyer Puan yg blink2 eye nak singgah kaunter Cha*** lagi 


lapo balik
mkn kat foodcourt jer pun



nasik goreng nenas namanyer
tgk gambo nasik tu  bubuh dlm bekas dr buah nenas
tp realitinya 2-3 potong nenas ai jumpa dlm nasik
hmmm jadiklaaa
nasib jumpa nenas...klw jumpa terung?

Tuan mkn paprik...
"paprik liya masak lagi sedap"
Tu diaaaaa suami ku berkata-kata
manalaa ai xmakin sayaaaammmmmmmmmmmmmm

kaunter Signature GSC yg lengang
ai mmg sukerrr sgt klw pergi mana2 tmpt yg
xramai org
rimasss laaa
sesak nafas tgk meremut2 org
.
.
.
dah laakan cukup citer...
esok ai nak kesini lagi
akhirnya smpi umah semalam pkl 6.45pm
Tuan dah lebam mata
bagi can laa dia tdo puas seblum esok nak layan karenah Puan shupink..
miahahahaha

Saturday, December 17, 2011

QuickPost

saya adalah seorg diri dirumah dikala ini...
pukul 9.12am ...lagi sejam kene anta keter utk service.
Tuan?
tuan xbalik keje lagi u'ol~~~cuber kire berapa jam dah dia keje hari nih...semalam masuk keje pkl 4pm----yesss...dekat 15jammmmmmmmmmmmmmmm... *gilerrr gigihhh * when i've called him just now, dia kata kat opis ada lagi org yg stay...and  i was... goshhhh, demer nih hiduppp utk keje semata ker?---yes betul, sedikit emo disitu.

Tp, iyer laakan... alah bisa, tegal biasa. 3 tahun bersama, tuan kene stay lebih masa kat opis, dah jadi perkara biasa. Tu lum lagi masuk time kene keje ari sabtu...hahahah, tp ai sedikit suker disitu sbb leh laa lepas ai anta dia ke KL n menular2kan diri lepas tu kat shopping komplekss...hehehe. But knowing me yg "KL hater" nih...suker2 pun kjap jer...biler stuck kat jammed, org reramai...tersesat or salah jalan kat dlm hutan batu tu, mula laaa rolling eye smpi juling n blame org lain bawak keter mcm %#)*$&...

Demi cintaku pada mu---my phone ringg
Tuan telefon ckp dah kat Tol sungai Rasah...
.
.
.
matik laa kan, ai still berpijama n lum mandi lagi...
15mins sempat tak nak berkejar buat semua n muncul kat klang jemput Tuan.
so better ai shut skrg...

sambung nanti yek...daaaa

Thursday, December 15, 2011

citer Awal Muharram 1433

Keterujaan bertahun baru tu mmg ada tersemat didalm ati ai sejak dr dulu. Samada awal Muharram or Tahun Baru,ai mmg tertunggu2. Nak kata i sambut beria2...xpenah laa pulak. Seingat ai laa kan, awal Muharram jer yg penah ai sambut ngan meriah. Itu pun masa ai sekolah menengah dulu..kenapa? sbb ada ustaz or ustazah yg remindkan supaya jgn lupa baca doa awal n akhir tahun. Plus, awal muharram selalunyer akan ada perhimpunan or usrah n ceramah.  So, secara xlangsung as a student, ai hayati tahun baru dlm calendar islam tu.

tahun nih ai terlupa nak baca doa awal n akhir tahun...dlm hati ai ada kekesalan disitu.
Mudahnyer ai lupa, sedangkan time tu kan cuti umum. Seronot2 jer layan cuti jenjalan kehulu kehilir...esoknyer mak ai dtg umah, baru ai teringat. Itupun sbb mak tanya. mcmner ai nih? umo dah makin byk... Tp ai baca jugak, wlpn dah terlepas tahun baru, tp ai harap Allah terima doa ai serta azam ai sempena tahun hijrah baru.

azam ai sempena awal muharram 1433:-
1-Tak nak lambat2kan n tinggal solat serta perbaiki kualiti solat.
---selalu kita dengar kan, solat tu tiang agama...solat yg sempurna dapat mencegah dr terus melakukan dosa.

2-Mengaji al-quran
---at least satu muka surat sehari.

yess... tu azam ai.
mmg byk yg boleh kita list kan utk perubahan diri. Tp bagi ai, ai nak perbetulkan yg 2 nih dulu.

ai nak share video yg boleh dijadikan inspirasi:-


kagum wit transformasi yg dialami oleh Wardina






Wednesday, December 14, 2011

Yuhuuuuu...i'm back

Miahhahaha...
blog ai dah ada wajah baru....bkn sekadar tempelan ok...seharian ari nih mengerjakannya. Nak upah org tolong buatkan...budget mcm ai ni popularlaa sgt kan.. xseswaiii k. Reti xreti pun , belasah jer laa buat. Yang penting makin simple...xsarat n senang ai sendiri nak baca. yess.... ai mmg suker baca blog sendiri :P

anda ada feeling2 k-pop tak biler tgk gambo kat header tu??
ai ada..seriuuussss :P

kerr... budget mcm Ombak Rindu?

ehh.. Ombak Rindu xder tgn kuak keatas love-love cenggitu
but ai mmg ada gamba versi ombak rindu gak
.
.
.

hahaha... p.i.t.a.m.
sapa tiru sapa nih?
:P

Citer OR ni ai tgk last week ngan adik ai...Ateh.
serius ai xpandai komen, tp ai cumer nak luahkan apa yg ai raser...coz ai bayar harga tiket tu, so ai ada haklaa nak luahkan apa yg terbuku dihati ai.
OR ni ai baca ulangkali novel dia...sama mcm ai baca citer twilight yg breaking dawn part 1 .

kesannyer pada ai... ai keciwa.
ai xsalahkan pelakon sbb bagi ai, pelakonnya bagus. Cumer, adaptasi cerita dr novel ke filem tu xsampai pada i...touchingnya xsampai n ai xsempat nak sentap nagis hencut2 bahu or merah hidung n mata mcm ramai yg dakwa-dakwi menyentuh perasaan tu.

Tp itu pandangan ai laaa...sapa laa ai nih kan. nak pulak tu PERTAMA KALI tgk citer melayu kat cinema. Ai tgk sbb ai suker novel tu ...hmmm

Twighlight breaking dawn Part 1 tu pun xsedap ...xbest...coz jalan cerita dr novel xdpt dizahirkan...xbest sesangat...klw digredkan 1-10... movie dia hanya leh capture 4markah jer...better ai baca novel.

ok laa ia renti dulu...nak solat magrib.
ai ngayat ni sambil ttg citer Tentang Dhia, best citer nya~~ai xsangka Nora Danish leh bawa watak matang n manja sebegitu...mcm ai.
hahaha...yess uol leh pitam lepas solat magrib nanti...

as-salam semua

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...