Friday, June 8, 2018

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah. 
Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat.
Tu pon semalam mcm 50-50 jer.
Takut kesian kat mak tertunggu2 nak berbuka reramai.

Lalu jugak depan simpang umah makabah smlm, tp terus kedepan...xsinggah.
Dlm hati berkata2 jugak..kesian kat mak.
Bukan akak xnak tipon, tp klw tipon kang xsmpi hati pula nak tolak ajakan.
Klw akak xdtg tu mak akan ingat akak xsempat nak singgah sbb balik lewat.


Sampai umah sendiri, rasa lega sikit.
Dpt berlunjur kaki kjap & meregang pinggang yg lenguh.
Kemas2 tmpt kucing dulu...masuk umah tukar baju, terus landing.
Nikmatnyer la hai.
Pulak tu semalam memang panas membahang. Buka ekon, lega sejuk sikit.
Lama gak akak melayan badan...dekat pukul 7 tu baru akak turun ke dapur.
Simple sgt klw buka sorg2.
Ada susu kurma yg akak kirim dr kawan  n akak panas2kan lauk apa yg ada dlm peti sejuk. Lauk2 ni pon akak amik dr umah mak gak seblum nih. Kenkadang amik, tp xmakan...akak simpan dlm freezer. So, tahanlaa kan. Time rasa xdpt g umah mak, atleast ada bekalan lalu yg boleh dihangatkan. Tu jer laa makan.
Nasi pun buat nasi goreng je..nak tanak nasik xdan dah sebb tinggal 15mins jer nak berbuka.

Klw berbuka umah mak rasa bersalah pulak klw nak sambung berlunjur lepas kenyang tu.
Iyerlakan, mak & ateh dah penat2 prepare..kita dtg cuma tahu makan jer.
Kene laa beradab tolong apa yg patut, wlpn sebnarnyer mmg letih sgt2 dah.
usually lepas berkemas dapur tu dekat pkl 9.30 jugak baru siap kemas.
Kemas pakej >>basuhpnggan+lapdapur+sapudapobasah&kering+mop+kemassusunpinggan.

Tu blum lagi kemas tmpt anak kucing akak yg ada kat umah parent nih. Dekat kul 10.30 baru sttle semua 


By the time akak nak rehat mak n ateh dah balik dr terawih. 
So, layan borak jap..tahu2 akak terlelap kat sofa sampai kul 3am tu. Klw rasa larat akak balik jugak rumah, klw mata masih tak terangkat..akak akan wasup somi utk singgah umah mak terus balik dr opis tu..senang sahur sekali.

Somi smlm sampai umah kul 4.45...terus ajak g umah mak sahur. Tu laa kelebihan klw duduk dekat umah parent. tergerak jer hati boleh terus pegi.
Tengok sahur ada pulak kuih seri muka..mak kata dia buat masa nak buka tadi, ingat k.liya ada dtg. nak jadikan rezki, Anyah & fizi dtg berbuka kat umah mak tadi. alhamdulilahhh, at least meriah laa jugak umah.

Ingat lagi mak yg akak mmg penah ckp teringin sgt nak makan kuih seri muka tu.
Dah lama sebnaryer akak ckp. Akak sendiri pon dah lupa.
Xderlaa nak paksa2 mak buat...Tp tulaa kan, mak kita ni sampai bila2 pun tetap akan ingat kat anak dia. Besar kecik permintaan tu, dlm setiap daya memang dia nak buatkan utk kita.

Akak klw mak dah buat tu, wlpn kenyang akakk akan pastikan makan wlpn kenkadang dah penuh sgt perut ni. Kesian kat mak kita..penat2 buat xkan nak buat acuh xacuh pulakan.
Kudrat tua dia buat kuih tu sambil teringatkan kita...Tuhan ajerlaa yg mampu balas kebaikkan kedua ibubapa. Pengorbanan dia utk kita tu melangkaui kudrat dia sendirik.
Org tua ni, semangat dia dtg dr anak2.
Tengok anak dtg berkumpul reramai tu, hati nya berbunga2.
Time makan reramai nih lauk simple pun boleh jadi sedap yang amat. Berkat rasa kasihsayang dlm hati tu.
Wlpn pon kita nih xsebaik mana.
Tambah kurangnya khidmat pd mereka serta byknya khilaf dlm menyantuni org tua, tp mak abah tetap beri ruang dlm hati dia utk kita hidup & berdoa sentiasa agar kita bahagia.


 

Wednesday, June 6, 2018

Sahur

Pagi tadi k.liya bersahur kat umah jer ngan somi.
Tp lauk-pauk dah siap tapau sikit seblum balik umah lepas berbuka dari umah makabah semalam tu. Mak masak gulai lemak kuning daging, singgang ikan parang, sayur campur. Tak cukup ngan tu, akak siap tapau cekodok pisang...aduhai, syahdu sungguh sahur sambil cium  harum kopi panas utk somi (suka cium bau kopi, tp akak xminum)

Ingat nak masak nasik panas, tp duk fikir byk pulak nasik sejuk dlm peti ais tu...so kita mengoreng nasik.

Dah lama sgt xmasak, rasa sejak buat reno ari tu mmg dapur xberasap lagi.
Pagi tadi masak pon pakai pes yg mak alang buatkan...senang jer. 
Panaskan rencah + masukkan telur 2bijik kendian masukkan pes mak lang tu. kacau2..masukkan nasik, dah siap. 

Jgn tanya mcmner nak buat pes tu..k.liya klw dah habis, mintak kat mak alang utk buatkan.
Tp yg penah k.liya tengok resepinyer ada byk bawang besar, cili hijau dan ikan bilis. Masak sampai naik minyak. Dah boleh pakai utk masak dah. Senangkan...tp pedas skit laa sbb cili padi hijau. Klw nak kurang pedas, boleh tukar pd cili kering.

Bangun sahur pun td sebab tersedar somi balik..tgk jam lg 10mins  pukul 5.
Ligatlaa panaskan lauk semua bagai. 
Duduk makan sahur, mata ralit tgk citer "Stork". Citer burung yg delivered anak. Aduhai, boleh plak tetiba rasa syahdu. Cover muka dr somi sbb xmo laakan dia risau or fikir bebukan plak. Tp serius, sedih laa rasa tgk citer tu.  nak period kowt...emosi xberapa nak stabil.

Laju jer kan nak masuk raya..next week Jumaat. 
Keperluan semua dah cukup rasanya. Klw ada pun nak beli tudung sehelai...sebab nak digayakan dengan baju biru yg xplan langsung beli tu. Tengok2 jugak tudung masa pegi Seksyen 7 ari tu. Tp, mahalnya lahai... selendand acah2 ariani pon diorg jual dekat 80rengget. 

Esok2 nak try carik kat Giant or Tesco jer..harap jumpa.
Shawl ni k.liya xberapa reti nak pakai. nak pulak jenis ber pin2 byk tu. Tp semangat raya kan nak kelainan. So gigih, carik jugak smpi dpt.
 

Tuesday, June 5, 2018

Ateh ngandung

K.liya nak amik masa kejap utk drop down kat sini skit, seblum rushing balik nak berbuka.
Dlm fikiran nih terfikir2 nak buka umah mak ke or nak berbuka sendiri kat umah. Badan rasa letih sgt nih. Belakang dah sakit2 sbb lately xdpt proper sleep.

Okeh, meh nak citer. 
Semalam akak berbuka umah mak...belum sempat bagi salam, abah bagitau yg ateh mengandung!!!...Terasa mcm terkebil2 jap>>>tp as akak tahu abah mmg suka memain bab baby ni, so akak pun layankan ajerlaaa. 

Masuk rumah jumpa ateh kat dapur..pelik jugak, selalu adik akak nih xdernyer dpt balik awal. Dia ckp dia amik mc sebab pitam...huuuuuhhh...suspen ni. Time ni terbayang ateh junior...bukan nyer risau pasal dia yg pitam nih...hahaha. nampak tak?? excited kat situ.

Serius...cover muka excited, tp nak jugak tanya ateh.. ateh ngandung ke??
ntah laa xtahu laaa, jawab dia. 
Mak time tu pon mengiyakan pun tidak, say no pun tak.

Disebabkan akak paham perasan tahun pertama duk diasak soklan "ada baby x?" , akak cover2 jugak laa nak beria tanya. Takut nanti xpasal adik kita ni stress...but serius akak mmg rasa excited. 

Xtipu...lepas jer ateh kawin ari tu akak mmg rajin sekali tgk online shop baju baby2.. xkisah laa baju boy or girls.. mmg suka tgk. Iyerlaakan nak tunggu yg sendiri punya mcm xder jer (10tahun dah kowt tunggu---umo pun nak masuk 40).

Tpkan semalam tu akak 'terasa' jugak laa, bila mak bagitau yg sebnarnyer ateh memang mengandung. Masa akak tanya ateh >>dia xjawab pun. Hmmm..fikir positif jer laa kan. Mungkin sbb dia xmo everyone too excited. Doktor kata janin tu tp baru sgt..so doktor bagi ubat kuatkan rahim. 

Tp kecik ati tu ada jugak...rasa mcm diketepikan. 
Sama mcm biras akak mengandungkan Alya dulu tu pon mcm nih jugak, tak tahu apa citer pun. Akak tahu dia mengandung bila time balik kg, masa tu bulan posa jugak. (haishhh.. berapa byk jugak laaa kat sini??). Time tu perut dia dah besar giler, xsilap dah 6 or 7 bulan kowt. Dasat kan.. kuarga Pilah xbagitau langsung pon. Hmmm

Time tahu tu mcm kaget...kaget or stunned or terkejut...xtahu nak re-act.
But heyyyyyyyyy... who am i to fuss around kan. anak yg dikandung tu anak diorg. So, xyah fikir bebukan. Anggap jer yg diorg nak jaga hati kita nih yg xpenah alami proses mengandung. 

Actually kan, klw ditanya pd akak (ni dr pandangan akak yer), akak suka klw kita ni famili cakap jer laa mengandung. xyah nak hide2 mcm tu... lagi buat akak terasa hati. 
takut akak kecik hati klw diorg excited>>>exactly NOOO!!!...akak pun turut terloncat sama excited ok. Sebab dapat tumpang rahmat Allah titip kat mereka yg mengandung nih.

Kita xpenah dapat...so memang kita rasa excitedddddddddd sgt.

Kita xpenah...
kita xpenah...
kita xpenah...
tp kita xpenah putus percaya pd Qada' Tuhan...semua ikut aturan yg Allah tetapkan.
Xder satu kejadian pun yg berlaku tanpa pengetahuan-Nya. Dan Allah maha mengetahui kenapa akak belum/tidak terpilih utk dpt rahmat-Nya yg satu ni.

Oki dah.. nak balik.

 

 

Monday, June 4, 2018

Shopping lampu + kipas time mood nak raya

As-salam semua,


harap hari nih mood masing2 bertambah ceria & bersemangat lepas enjoy weekend kan.

Utk akak pula, hari ni quite busy dgn kije.
Biasalaa klw nak mulakan 1st day each week mmg akan kelamkabut sikit, tambahan pula baru jer lepas monthly closing. Tu pun pepagi tadi baru dpt submit ke Finance. Jumaat ari tu xdan nak hantar, sbb habis semua pun  dekat pkl 6 dah (merapuu jer laa nak balik awal kul 4.30 tu kan...duhhh).

Ni akak curi masa skit utk take break jap..boss pun xder ari nih,so dpt bertenang nak buat kije.Klw x, rasa neves jer klw nampak call/icq/jajc dr dia..pulak klw dia tetiba panggil kan..haha..dr tahu nak jawab kenkadang blank. Jawapan selamat>>>Saya check dulu & update once dpt info.
 
Anyway, wiken k.liya dis week pun xkurang sibuk, xtvt kat rumah  byk yg perlukan attention buat masa ni. Especially kat area porch & open dapur kat belakang tu.
Habuk mmg tahap xdpt nak buka pintu. Sidai kain pun terpaksa dlm rumah. (mampuihlaa..habis pantang larang org tua dilanggar buat masa ni)


Sabtu lepas kami cari semua kelengkapan lampu..dekat 2K jugak hangus kat situ.
Antara yang dibeli:-
1) Lampu kalimantang panjang : 4units (awning depan-2 & opendapur-2)
2) Lampu kalimantang pendek : 1 unit (ruang tangga)
3) Lampu porch : 3units
4) Chandelier: 1unit (ni beli gedik2 bubuh kat master>>>feeling2 dok otel kononnyer mcm Shangri La dulu tu)
5) Lampu pillar: 2units
6) Kipas syiling: 2units
7) Baby fan : 1 unit (nama jer baby fan k.. bukan literally utk baby yer. Kipas ni saiz dia kecik skit...seswai utk keluasan yg terhad) Kipas nih kami nak letak kat bahagian istirehat di porch tu)
8)Kipas dinding - letak kat dapur luar.
9)lampu downlight - utk ganti lampu yg terbakar tu.

Yang xbeli lagi  buat masa nih hanyalah lampu dinding utk bilik2 --more like lampu hiasan/ lampu tidur. 

bab carik lampu nih kami just pergi kedai area Bukit Tinggi je, tp bukan kedai yg biasa kami beli tu (Popular Lighting). Ni kedai seblah dia (Orange) tu pun xder nak survey beria sgt...sbb dok carik lampu yg bebiasa, bukan yg fancy2. K.liya xminat lampu yg berkerlipan dan terlalu meriah ngan diamond2. Lebih prefer nampak kemas dan ringkas jer tp xjugak terlalu modern. Nanti laa klw ada masa K.liya share.

Seblum decide nak beli kat Orange nih, kami tgk jugak kat Avalon , sebab dulu masa cari 2 lampu chandelier kat livinghall tu kami beli kat kedai Avalon tp cawangan Nilai. Gigih laa suruh dia hantar ke caw Bukit Raja. Caw Bukit Raja ni pilihan lampu dia very limited...klw kat Nilai & Senawang tu kemain meriah sgt... 

Bab pilih lampu ni K.liya mmg xberapa nak pandai sgt. lebih suami yg pilih. 
Tp dalam jenuh pilih tu, bila bawak balik tengok boleh pulak sama ngan jiranseblah rumah!!! hahaha...sebijik sama. hahaha.
Somi dah setart rasa xbest... tgk dia ralit keluar masuk compare.
Utk puaskan hati esok tu kami decide tukar..kali nih k.liya pula yg pilih.
Tp stocks on-hand xder, kene order...harap sempat laa nak amik Jumaat nih. Sebab, klw boleh Sabtu nak pasang dah.


Dlm pada tu sempat jugak survey Kitchen kabinet utk dapur luar tu.
Plan carik material yg tahan lasak sikit sbb terdedah kan, jadi tengok material dr aluminium.
Kedai ni sederat ngan Kedai Avalon Setia Alam tp akak lupa pulak nama dia.
Tgk dari material mmg akak rasa puas hati, tp tang design dia tu...aduhai, mcm oldies laa pulak. Dari segi harga pon agak pricey, wlpn kita dah sedia maklum daya tahan dia yg kuat tu adalah selling point. Utk 8kaki jer dah dekat RM3 ribu... utk bawah jer tau.. bukan utk top kabinet. 

kene fikir2 lagi laaa...xnak sampai budget tiris. bahaya tu...dah laa dekat nak raya. lagi byk nak pakai duit kan. Klw xpun buat masa nih biarlaa dia terkedang dulu. Xurgent sgt pon. Tp klw boleh mmg la nak siap seblum raya. Tp mcm xsempat jer....tinggal10 ari jer nih. 






 

Friday, June 1, 2018

Puasa dan Kurus

Masih lagi bercerita hal yang berkaitan dengan puasa.

Sedia maklum, bila time puasa jer memang ramai yang ambil peluang ni utk kurangkan pengambilan makanan. Akak faham n tau niat mereka2 ini untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama punya ingin utk kelihatan lebih KURUS dan menarik menjelang raya nanti..

Tetapi yang akak xberapa nak faham is that...perlu ke nyatakan niat korang yang nak kurus tu sejuta puloh kali kat akak ni? Dah jadi annoying pulak tau.  

Pantang ada peluang buka cerita, xder yg lain nak ajak sembang..bab kurus..kurus..kurus.
Kononnyer nak ajak kita sama bersemangat turunkan berat badan. Ajakan yg baik tp cara tu yang xtepat. Lebih kepada nak menunjuk n acah2 best kat diri sendirik jer.

Haila..mcm2 ragam.

Ni akak nak share pengalaman akak sendiri.

Dulu akak xderlaa setembun ni (last timbang 80kg skrg)...dgn ketinggian 162cm, berat akak penah berada paling rendah 61kg (time nak kawin).

Pada akak kan, utk capai apa2 matlamat pon...diri sendiri tu yg kene fokus & tekad.
Klw dpt kawan yg punya cita-cita yg sama, memang jadi bonus utk kita lebih bersemangat nak capai matlamat kita tu. Dulu, sparing partner--- Mimi. 
Bestnya Mimi ni, sama mcm akak jugak (jenis xsuka nak bergebang banyak2). 

Less talk more action.
Xder nya kami nak menjaja citer sana sini.


Fokus disini maksudnya adalah, keep your target in mind. 
Tanamkan keazaman & giatkan aktiviti yang boleh mencapaikan target anda nak kurus.

Tekad pulak membawa maksud...walau apapun terjadi jgn mengalah!!!

So, kedua2 ni perlu ada sematkan dlm diri.

Klw, kita xder 2 perkara nih... mmg acah2 jerlaa niat nak kurus tuuuuu.

Terus terang ckp, akak buat masa skrg nih xder nak kurus. TITIK. 
So stopppppppppppppp...jgn nak eksen2 kurus depan akak dah lepas nih.
Please put the focus on yourself please

P/S...td lepas solat, sempat lagi dia bercerita ttg inches lost.
OMAIGADDD..macikkk dahlaaaaaaaaaaaaaa..

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...