Monday, May 24, 2010

Nor Alya Batrisyah...

Alya ngan Pak Long...

ralit mater dia ngisap jari~~~thomeyynyerrr

Nor Alya Batrisyah...sedap nama dia kan?. Ni merupakan cucu sulong kuarga En Bahaiddin & Pn Azizah a.k.a merangkap mertua den.

Alya thomey merupakan anak kpd adik ipar ai Azrul a.k.a bangah (adik somi ai) ngan wife dia yg manis Pn Liza. Anak dia comeyyy...petih gebuuuuu n berisikkk laaa sgt..kaki dia raser mcm nak gigit jeeeewww. Ai mmg dah aim nak benam gigi ai kat peha dia tu, tp realitinyer takkan laa i tergamak kan...cumer ai leh membayangkan jer laaa~~~

P/S: bab "benam gigi" nih mmg dah jadi habit ai kut..asalkan nampak seswatu yg mengeramkan hati sure gigi nih gatal jerrr nak gigit. klw xdpt gigit, raser xdpt nak hayati feel best n puas tu...Sian somi ai (Nek...tetiba plak.. hahaha).

Berbalik pada citer ai..

kitorg nih naik pelamin samer ngan Bangah & dik Liza masa majlis terima menantu kt Kuala Pilah dulu. Yg bezanyer, majlis nikah seblah ai awal Dec2008. Bangah & dik Liza plak bulan 3,2009. So, majlis sambut menantu kedua2 pasangan disambut serentak. Rezki diorg, Allah bagi' gift' direct after diorg nikah...~~ Ai??


Soklan cepu jubli emas yg selalu org tanya ai~~
Bila lagi nak terima timang bebey?
urmmmm....

Perasaan ai biler kene tanya....
hmmm...berbalam2...kelabu jerrr...mcm ada mendung dlm hati.

Ai n somi ai, kitorg mmg terigin sgt nak terima 'gift' dr Allah ni. istilah merancang kuarga atau stigma nak enjoy dulu baru nak baby>>>sah-sah memang xada dlm kamus dwibahasa bm/slang nogri kami. Dlm hati ai nih, cumer Allah sahaja yg tahu betapa kami benar2 ingin kan Anugerah dr-Nya. Ketentuan Qada' n Qadar hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui untuk jawapan soklan naper kami xterima lagi Anugerah yg satu nih...

Tension?
Tipuk laa klw ai kater ai xraser apa2...hujan dlm ati ai nih, dah masuk musim monsun yg ntah keberapa kali ntah. belum lagi kire gerimis dihati lagi~~~ renyai n gerimis tu samer tak?heee

Ai percaya Allah tu Maha Mengetahui atas segala zat yg tersembunyi...that's why ai lebih prefer guner istilah "Anugerah" or "gift" utk describe baby. Takkan laa kiter nak bentak-bentak, sedih gilerrrr n meroyan sakan plak klw belum lagi dikurniakan Anugerah yg satu nih. Semua yg berlaku atas kehendak Allah.. n nama pun Anugerah a.k.a hadiah, klw Allah nak bagi...bila-bila pun dia boleh bagi. Kan ker Allah tu Maha berkuasa~~~ ini laa nasihat somi ai time ai raser sedey gaban diasak soklan yg samer berkali2. 

Stress memang ai stress.. sedey ..memang ai xleh nak tipu ai mmg berperasaan mcm tu. Tp takkan laa ai nak tunjuk muka lunyai ayaq mata kat khalayak...sampaikan ada yg fikir ai yg xmo baby? Masya-Allah..tu laa kan orang----- orang..haiyooo.


Apa yang penting ai n somi mmg xpenah putus asa berusaha (usaha tangga kejayaan...cayok!!!) dan tak henti berdoa agar Allah makbulkan doa kami...selainnyer kami bertawakkal. Ujian dtg pada manusia nih pelbagai bentuk...n ai percaya ni  merupakan salah satu ujian Allah utk kami somi isteri...
Allah takkan bagi ujian yang tak termampu untuk kiter pikul~~~kan ker Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan Allah sama sekali tidak akan menzalimi hambanya. Itu yg ai percaya n i semat sepenuhnya dihati ai~~~

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa" - Ayat 38, Surah Ali-Imran

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi" - Ayat 89, Surah Al-Anbiya

Amin~~~







No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...