Wednesday, July 28, 2010

27 Julai 2010---pengalaman hepi ai yg baru

Hari ni perasaan bercampur-campur. Naper?? sbbnyer...hmmm

Uoal tahukan yg ai n hubby skrg dlm usaha utk dptkan kurniaan a.k.a gift a.k.a baby~~~



so nak dijadikan ceriter, mmg sejak ai kawen ai gigih marked kat planner tarikh2 keramat bagi seorg wanita yg baru berkawen n berhajat besar seperti ai yg mau menimang baby. Ofkos laa ai remark...date ai period n kire my period circulation utk tgk trend period ai.
Siap beli planner khas utk marked hari kewanitaan ai

Segala perkembangan yg berkaitan hal2 wanita ai catit supaya senang nak trek record..

Ai sungguh berdisiplin k...tiap2 bulan xpenah miss mark ...
kire biler my next circulation, kire my period run, kire my waktu subur...
kire sumerr aaa...

So, bulan nih period ai dtg lambat..imagine nak dekat 2 weeks lewat.. befor dis mmg xpernah selewat tu, jadi ai n hubby mmg raser hepi semacam jew. Ai tak tahu nak describe mcmner feeling hepi tu....epi ai berkawen pun xsetanding ngan epi period ai dtg lewat nih...rasa dlm hati semacam ader syurga  +  raser syahdu sbbnyer rasa hati tu mcm ' aku dah mengandung'...feeling gumbire hanya tuhan jewww yg tahu tahap kesyahduannyer camner...


Tiap kali somi ai balik keje dia kan tanya...
"Nek, ok tak?."
"Ok...sayang nek"
Somi ai pun heppi~~~ Ai tahu somi pun mcm ai excited nak miliki baby sendiri.

Ai n Somi mmg xpernah berputus asa untuk mengharap...tpi tu laa kan. Allah jua yang berhak menentukan.

Period ai utk bulan July'10 dtg pada tarikh ni...
so ai pun terpaksalaa cancel untuk berjumpa ngan Doktor ai hari nih
buat sekian kalinyer...

Terus terang ai katakan pengalaman period ai dtg lewat 2 minggu nih betul2 memberikan satu pengalaman definisi kebahgiaan yg baru buat ai...walaupun hanya untuk 2 minggu tapi impian yg dibawak oleh 2 minggu nih cukup besar...bygkan hati ai terdetik bahagia yg ai mengandung sudah~~~susah laa ai nak describe. memang best ghupernyer mengandung nih.

Sedih sbb ai period?? dah dekat 2 tahun ai diuji...ai dah boleh adapt :) hati dah bertambah kuat n keinginan untuk mendapat cahaya mata semakin hari semakin menebal. Ai tak penah putus harap...n sentiasa berfikiran positif walaupun sesukar mana pun untuk ditelan. Mana tak ko... lum kire lagikan ngan terjahan soklan2 kaw2 biler nak dpt baby...biler nak dpt baby.. biler nak dapat baby~~~

raser mcm nak share something pada post kali nih...

Ai ada terjumpa artikel nih masa ai dok layan surfing bab2 mengandung n baby ni...dlm byk2 artikel yang ai baca...artikel perkongsian ilmu dr Ustazah Siti NorBahiyah paling best n paling elok klw kiter amalkan. Sharing is caring~~~

Amalan-Amalan untuk memperolehi zuriat * credit to  Ustazah Siti NorBahiyah
 Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
-Baca Bismillah 1x
-Kemudian Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W 3x
-Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101x
-Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang engkau berkati di dunia dan akhirat)
-Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
Amalkan cara ini baik suami ataupun isteri selama 15hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua
-Suami hendaklah membaca 'Ya Mutakabbir': (Allah yang memiliki keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak
-Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333x setiap hari
-Isteri hendaklah membaca setiap hari " Ya Zaljalaali Wal Ikram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11x kemudian tiup didalam air dan air tersebut diminum
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / Surah Maryam setiap hari

Yang paling penting........
Awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah begitu juga dalam menutup doa. Amalkanlah dan berdoa dengan menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Selain tu...amalkan juga berdoa dengan membaca :-

Ayat 34, Surah Ali-imran yang bermaksud:-
" Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." 
- Al Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah s.w.t maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan Ayat 89, Surah al-Anbiya yang bermaksud:-
"Wahai Tuhanku, Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi"
-Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s untuk memperolehi anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.

Amalkan membaca kedua-dua doa ini untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat & qiamullail untuk mendapat anugerah  Allah yang hebat ini.

Best tak??
I raser bestttt sgt~~~ rasernyer ucapan Thank You mcm tak cukup untuk gambarkan bertapa bestnyer dpt tip2 cenggini dr Ustazah. So, kawan2 sekalian, sesiapa yang berhajat mcm saya ni...apa kata kita ambil peluang datangnyer Ramadhan dlm masa 12hari lagi untuk kita siap sediakan diri untuk mengamalkan tips2 diatas...kongsi ilmu yg baik utk diamalkan pada bulan yg penuh rahmat~~~mudah-mudahan dimakbulkan ..Aminnnn. Insaallah~~~

No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...