Hari ni mendapat title Ella~~~bukan sbb ai manja terlebih liuk2 cenggitu tp sbb suara kekanak ai telah diamikaleh oleh suara serakkering perit a.k.a suara kepit-kepit
Korunk rasa suara korunk camner?
Ai punyer suara klw live elok laa jugak, nak kata merdu tu melampau sgt TAPI andai kata klw kat tipon ke, or ter’record’ dlm videocam ke---mmg mcm suara kekanak. Serius…
Pelik gak camner suara kekanak ai nih leh tergolong dlm grup koir dulu.
Perasan laa jugak yg suara xlaa teruk sgt sbb terpilih masuk kan. Koir kompeni lak tu…
Merasa laa jugak masuk recording studio.
Seingat ai, masa nak test suara tu laa suara ai nih mengantoikan dirinya.
Masa masuk studio tu sah2 kiter xdpt nak dgr suara sendirikan, coz kedap bunyi istilahnyer.
Tp, biler diorg mainkan balik tune sorunk sorunk…
Umangaiiiiiiiiiiiiiiiiii, berdiri bulu roma ai dgr suara diri sendiri. Terasa mcm kat panti asuhan jer.
Malewwwwww. Dah laa ramai yg join koir tu. Tup Tup terkuar suara keciknyaringnmanja. Haishhhh. Pengalamankan…klw xder kejadian mcm tu, forever ai rasa suara ai mcm 3diva jer. Syila Amzah. Muda bergetah…miahahaha :P
Sorunk jer laa yg rasa suara ai merdu n menyejukkan hati…ofkos Tuan laa kan, sbb rajin sgt menelipon ai berjam - jam.
Tuan ni, masa zaman belum kawin dedolu cinta-cinta ngan ai ni, klw jumpa berdepan payah betul nak kuar suara. Tp klw kat tipon, mmg xreti nak cakap sekejap.
Hangat cuping seksi ai nih jer.
Kenal Tuan ni laa baru ai tahu perasaan cakap kat tipon sepanjang malam selagi ayam x bagi signal, selagi tu laaa tebeng tipon kat telinga. Makanyer, selalu laa jugak klw Tuan call ai akan tertido, sesedar bunyi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut (Tuan tekan no lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa supaya ai terjaga).
Ai ni pulak sebnarnyer tak reti nak cakap lama2 kat tipon. Konsep ai, xperlu lama tp kerap. So, klw ai yang tipon Tuan, seminit dua cukup…tp selang 2-3 jam lepas tu ai call seminit dua lagi. Kire mcm live update xtvt harian ai kat Tuan laa. Alaa mcm bebudak skrg duk tweet2, dok bbm n seratus kali update status FB. Zaman ai dulu mana laa nak merasa semua tu. Handpone ada pun terasa kedekut sgt. Sebab masa ai studi dulu seminit rate 60sen kowt xsilap. Top up pulak yg ada start RM60hinggit…byk tu utk budak student mcm ai…korban makan lunch 15 hari istilahnyer. Nasib study kat kedah…makan murah. Skrg punyer nilai RM60, budak buat beli air starbuck large minum 3 kali sehari.
Balik kang ai nak minum air assam jawa…
Mak dah pesan kat ai semalam, Fiza pun pesan yang serupa…n Sya pulak suruh ai makan madu + perahan limau nipis.
Ai cuber yg assam jawa tu dulu..sbb madu kat umah ai dah xder…nak beli, xtahu biler tahun lagi nak pakai madu tu. Assam jawa jer yg ada, sesilap pakai assam gelugor jer kang, sbb dah lama xberdendang kat dapur. Ntah apa khabar nya sekarang…huhuhuhu.
Ni ai mintak lagu rasmi kompeni ai kat Sya.
try laa tgk n bygkan disebalik suara reramai yg merdu ni, ada terselit suara kekanak ai.
Kowt nanti xleh xdo sbb mendayu sgt---jgn salahkan ai k. Coz ai dah awal2 lagi bagitau.
No comments:
Post a Comment