Terus terang jer title kat atas nuhh..senang~~~xyah nak teka teki
(menu lunch ahad)
nasik tomato + ayam masak merah + dalca campur +
sayur campur +hati masak kicap+ rendang
.
.
.
rasanyer sate yg mkn mlm tadi pun lom sempat nak hadam laei
adeeiihhh
Balik kg klw perut xmerekah kenyang mmg xsah
Dan hari ini, adalah azab utk mulakan keje.
4 ari choti-choti~~~melayang2 perasaan bahagia sbb xyah nak mikir apa yg terlambak kat cubikle halus ku itew.
Tetiba bau kasturiii~~~ohemjie SYORGAAAAAAAAAAA~~~
----------------------------------------------
Semalam sesi mengerah keringat.
Wlpn cuti tp feeling2 nak bergelimpang sambil layan citer korea adalah mustahil.
Stock citer korea yg baru saya dah berjaya kutip dr ateh…La nih tgh susun schedule date n timing yg seswai utk berentap marathon.
Rasanyer buat keje umah terlampau laa semalam…hahaha, statement sendiri kagum.
Seluruh tubuh rasa denyut2 nak bangun pagi nih.
Tu belum kire stock kaki tgn kebas lagi.
Serius tang nih adalah scary.
Lately kaki tgn ai xsemena-mena kebas.
Klw dulu, time badan terkedang ngan aircond jer terasa semut-semut2.
Terbayang jer klw dapat rendam kaki kat kolam panas mcm kat Gadek.
Badan rasa lega sgt wlpn pd awal proses pencelupan tu kaki terasa ngetit-ngetit panas.
Kitorunk gerak lepas maghrib.
Sengaja gerak malam, kasik psiko itu abah.
Mlm gelap, so xterasa laa jauh perjalanannyer…itu pun jenuh dia nengok jam kat dashboard keter ai.
Orang xberapa nak sihat, yg dekat pun rasa jauh.
Yang mudah pun rasa payah
Malam yang hening dan sejuk pun terasa bahang~~~oh my abah.
Mak ai lak,
Klw tang berjalan never say never, excited lagi ada :)
Contra sungguh.
Klw ikutkan xlaa jauh sgt…dlm 45min jer perjalanan dr umah kitorunk kat TTJ tu.
Tambah pulak jalan baru---mmg smooth.
Klw nak lagi dekat sebnarnyer ada jer kat Pedas tp entah, xpenah terpanggil lak nak ke situ.
Mungkin masa memula pegi, terus ke Gadek kan.
Time tu parent ai stay kat Bukit Baru.
Bukit Baru – Gadek dekat ke huh?
Ntahlaa hahaha
Tp korunk pasan tak…kiter lebih excited nak pergi tempat yg jauh compare ngan tempat yg letak belakang umah kiter?
Oh luper… pada yg tak tahu, Kolam Panas Gadek nih kat Melaka yer.
Meremut-remut org time tu~~
Ai dah pergi sini byk kali gak laa tp xpenah seramai nih umatnyer.
Jenuh pusing carik parking.
Maybe sbb tempat nih makin hari makin komersial.
Coz, masa awal2 dulu (7or 8 tahun lepas) kudupppppp jer…
Tp kemudahan dia lengkap, yg penting ada toilet yg bersih n tempat persalinan
Paling xmenahan, ada air freshner alami---bau taik lembu merengat.
Tang nih mmg xbleh nak blah.
Kapit idung sambil rendam dlm air panas…lemas kuasa dua.
Tp itu dulu laaaaaaaa~~~
Skrg xlagi.
Bau tahik lembu mmg xder dah.
Mungkin dah kene pindah kot kandangnyer.
Ada kandang lembu ke?
Sori ai xpasan sbb xpenah g siang.
Ai agak jer tadi.
Tempat makin besar and kolam pun makin banyak.
Kolam dia ada 2 jenis.
Kolam kecik yg pinar2 panasnyer klw uol adalah first timer n jenis xtahan panas.
Kolam besar panas suam2 kuku,seswai klw korunk nak rendam hujung rambut hingga ujung kaki .
Kudap-kudapan pun ada dijual…dulu xder :)
agenda bermula
ngan
tapau pau
2nd agenda
m.a.k.a.n - m.a.k.a.n
Tuan
dr entrance parking dah nampak
gerai burger
Selalu jer salahkan ai sbb naik gendut bagi dia makan
dah tu klw asal lalu jer nampak semua teringin
*tetiba raser kudap-kudapan tu xseswai,
burger n pau tu kudapan ke?
kolam yg kitorunk masuk nih
kawasan yang lama.
nampak tak lampu neon kuning tu...
tu kawasan baru dah usha2 seblum tu tp jgn harap laa nak dpt port
org meremik
plus
kolam kat kawasan baru tu xberapa nak panas sgt sbb
ai tgk budak kenit2 selamba jer terjun dlm tu.
Abah ai first time dtg sini.
Beliau adalah excited.
Tu laa…masa nak bawak tu respond negative jer---skrg baru tahu best.
Siap plan lain kali nak dtg awal, leh lelama rendam.
Itu kata beliau yg berendam dekat 2 jam.
Ai?
rendam kaki sambil layan novel
mampo?
actuli
Kali nih mcm xpt nak tahan kepanasan air.
Rendam kejap jer, dlm 15mins kowt.
Klw dulu leh selamba jer dive-in,feeling kolam air panas kat Jepun
--- tuala basah ikat bun kiri kanan telinga, budget cute.
Tips nak kasik tahan air tu mudah jer
Masa memula uol masuk tu make sure slow n steady…jgn gopoh gapah.
Bagi masa kat body utk adapt kepanasan air.
Mmg mula2 tu rasa kujat2 tahan panas tp selang 5mins tu dah mula rasa best.
Seblum balik tu baru laa sempat nak tgk punca air panas tu
dtg dr mana
blurp blurp blurp
bunyik air panas tu
wap asap2
Gerak balik dekat pukul 1 lebih...
Kolam panas Gadek nih dibuka 24jam
selagi mampo---rendam jerlaa anggota tubuh badan yg anda ingini
Kesannya???
badan akan rasa ringan sgttttttttttttttttttttt~~~ bestt