Wednesday, February 1, 2012

Luah rasa

Hmm, dah lama ai simpan sebnarnyer…


Kejadian nih dekat 2 minggu sudah. Xperlu rasanyer ai citer detail sbb xmahu mengaibkan sesiapa dan paling penting ai xmahu mengeruhkan keadaan. Cumer nyer dlm hati ai terdetik, mudahnya manusia ini menjatuhkan hukum.
----------------------------------------------------------

Umpama orang yang buta tp fizikal matanyer terbuka celik, orang yang memandang pasti menganggap si buta tadi boleh melihat. Yang menanggungnya Si buta, sudah pasti dia sendiri lebih arif dan memahami dirinya.

Menjadi rutin kebiasaan Si buta mengeluarkan tongkat untuk mengarah sisi langkah hariannya. Istimewa sungguh tongkat yang dimilikinya kerana berwarna merah hati, berbanding tongkat yang biasa hanya berwarna putih. Merah hati? Benar..merah hati. Setiap hari Si Buta selusuri perjalanan yang sama ditemani tongkat merah hati yang setia.

Setahun…

Dua tahun…

.
.
.

8 tahun Si Buta dan tongkat merahnya menongkah jalan yang sama, di perhatikan oleh warga celik yang juga tidak pernah gagal memerhati bagaikan memeriksa langkahnya saban hari.

Tetapi hari ini, hati Si Buta tersentap.

Dia dikatakan sebenarnya tidak buta oleh salah seorang kawanan Si Celik.
Sebabnya mudah, kerana Si Buta berjaya mengelak sebarang halangan dengan mudah tanpa perlu menyuakan tongkat merah hati miliknya itu dengan tujuan memeriksa jalan dihadapan.

Terpinga-pinga Si Buta. Aku mengelak?? Monolognya seorang diri.
Terasa aib dirinya itu dipandang rendah oleh Si Celik hingga sebegitu rupa.

Terkocak kolam hati Si Buta lantaran kedangkalan Si Celik. Punya mata yang dianugerahkan Ilahi
untuk melihat, memandang dan merenung tetapi sayang hatinya tidak merasa keistimewaan ‘melihat’.

Apa lagi yang mampu Si Buta buktikan…

Fahamkah Si Celik jika diterangkan bahawa gerak hatinya yang selama ini menjadi mata lantaran bertahun lama Si Buta menyelusuri jalan yang sama.

Sabarlah wahai hati~~~Allah itu ada, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...