Boleh kunci umah terceplos/ cerlus/ termasuk/ terselit kat dalam kotak handbrakes??
DIDALAM hokeh.. DIDALAM kotak handbrakes.
2 ari lepas punya kisah ni.
Selasa---first day keje lepas 4days straight cuti adalah sedikit sibuk dan blur. 4 ari mengadap laut, rasai hangat kehidupan ditepian pantai. Menguis2 kaki dibutiran pasir yg halus. Segala yg menyesakkan benak dilemparkan jauh kearah terbenamnya mentari~~
memang dah aimed, pepagi masuk opis nak balik tajam-tajam ari nih.
8.30am - 6pm. punchcard...6.30pm dah parking elok depan umah. amik kunci umah dlm handbag seblah dan-------momen itu berlaku.
xcuak sebnarnyer, sbb bukan pertama kali kunci tu terlucut or terlepas dr tangan & tersusup dicelah-celah tempat duduk pemandu. mmg xheran tang tu...sbb mmg dah selalu. tetap mencari tp mata tak laa menengok arah mana tgn tu pergikan...nama dah selalu, so budget dah boleh hagak kemana jatuhnyer segugus kunci umah tu.
Sekali tengok... meme payohhh kalo gini gak :: versi kelate ::
nampak tak? celah lubang tu laa jatuhnyer
badan mmg dah letih sgt time nih tambah pulak dilanda panic attack.
time tu cumer terpikir nak mencarik kayu jer
x tipu sebnarnyer coz awal2 tu ai fikir nak kait pakai dawai besi.
xjumpa plak, yg ada ranting kayu pokok bunga kertas mak ai
Betul laaa.
Buat benda senang time tgh stress mmg xmembawa kejayaan langsung.
Pulak tu mulut terkumatkamit ckp yg %$$% kan
Byk sgt -ve vibes nyer
Mmg xtakkan menuju kejayaan .
Cuba dekat setengah jam
Give-up & start engine
plan nak ke workshop----time nih baru terpikir nak g carik workshop...watdehhhhhhhhh??
berhenti jap kat simpang coz lampu traffic merah.
pandang ranting kayu tadi, amik & cuba kait.
in split second jer kowt & lampu traffic masih lagi merah
tp situasi dah berbeza...
kunci rumah dah ada dlm tangan ai.
Ada yang penting untuk ai belajar dr pengalaman nih.
1- Keselesaan terhadap sesuatu yang menjadi kebiasaan kita sebenarnya adalah perangkap terbaik menjerat sikap alpa diri kita sendiri.
2 - Masalah tetap masalah. Yang penting ialah kesediaan kita nak terima masalah tu dan kerelaan untuk menanganinya.
No comments:
Post a Comment