Thursday, March 15, 2012

Warga Selangor dibelenggu gangguan Air 36JAM!!! errrkkkk

KLANG/SHAH ALAM

Tempoh waktu gangguan akan bermula pada 8 pagi 14 Mac 2012 sehingga jam 8 malam 15 Mac 2012.


*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Sebab Gangguan/Lain-lain/Keterangan

Kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve' bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian 'Delivery Sluice Valve' bersaiz 1350mm pam no.7 dan 'Suction Butterfly Valve' bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan 'Feeder' elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Kawasan Terlibat :

1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya,
Bukit Kapar dan kawasan sekitar
7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang---ai pitam jap12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
13. Seluruh Kawasan Jalan yadi
14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gedung Indah A
33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
34. Seluruh Kawasan Kg. Pandamar
35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
38. Seluruh Kawasan pandamaran
39. Seluruh Kawasan pandamaran jaya
40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pendamar Maklumat Tambahan

-----------------------------------------------------------------------------------

haaaAAaaAAAaa~~~~lega sgt, ai bru jer dpt bersihkan badan. Ya betul xyah nak kerling2 mata tgk jam. Ai tahu xelok mandi pepagi buter mcm nih...tp time ni laaa baru terbitnya punca air kat main paip umah nih. Bersungguh ai tadi, refresh utk esok pagi---kowt laa kan xder air balik, at least ai dah berganda-ganda wangi n berganda-ganda bersihsuci gitewww..makanyer esok xyah mandi pon xper... cukup buat lakonan Bujanglapok n d geng... miahahahahhaa. Takkan nak buat camtu kann?? taaaaakkk...tak de Der

tp ai rasa temporary jer kowt air ada waktu pagikelela mcm nih...dia bagi kita masa utk top-up tadahan air. Esok pagi tau2 dah xder air balik kannnn... tp xperlaa, gangguan nih bukannyer saja2 mcm:-

'ehhh korunk, kitorunk nak tutup air korang laa... biar korunk pandai berjimat'
Errrmmm satu cadangan gak nih. then baru laa kita sedar kepentingan air. klw tak shower tu terpasanggg jer time korunk main sabun...kan kan kan kannnnnnnnnnnnnnnn....

Realitinya, gangguan bekalan air nih coz diorg nak upgrade & baikpulih.
tadi dah baca kan artikel kat atas tuuuu??? pandaiiiiiiiiiiiiiiinyer

klw xder air mcm nih, selalunyer mak-mak kiter laa yg stress kan?
mana nak masak, mana nak cuci pinggan periuk mangkuk semua, mana nak bersihkan anak yg comot lengai.
So ayat lazim yg akan kuar dr mulut mak kita adalah "baik api (elektrik) xder drpd air" .

And pasan tak? time kita tahu xder air nih laa.. sikap kita totally berubah. Kita lebih menghargai kepentingan air tu. Klw selama nih ram-ram-ram setengah kolah habis time mandi...tp klw time xder air elok je cermat memasing 3 baldi dah langsai bersihkan badan. Magic kan??

No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...