Saturday, November 24, 2012

Tudung & Festival Hijab

In Shaa Allah, plan hari ni berjimba-jimbi jadik~~~serunukkknyerrrrrr.
Ai ada mentioned seblum nih yg En Somi keje weekend…so semalam dia bagitau ai ada bad & good news.

So ai pilih bad news dulu~~~beliau confirm kene kije ahad

Good news is---sabtu a.k.a hari nih dia off.

Wlpn sebnarnyer ai lebih suker dia xkije during weekend but, ai xleh laa nak pentingkan diri jugakkan. Cinta is cinta  tp RM perlu gak bro. Apa nak dicaraskan klw duit xder.

But kenapa beria sgt nak jimba hari nih...kan last week dah kuar2 deting?
Cos sedari weekend lepas lagi En somi sudah menjanjikan seswatu buat isterinya nih, tp disebabkan keterbatasan waktu yg ada, beliau postpone.

Semangatkannnnnnnnnnnnn~~~sebnarnyer saya nak shupink tudung. hewHewHew

Semalam jugak Scroll2 FB ternampak nih~~~
Ada Festival Hijab kat Shah Alam

Menarikknya…
 
Butik Tudung Inspirasihana ai selalu usha2 online, suker tgk koleksi tudung beliau.
First sbb tudungnyer terdiri dr size yg labuh menutup dada + berfesyen tp xover. Me soOOo suker :)
 
Tp, masalah ai nak beli tudung online nih satu jer…ai xyakin klw xtry.
Sedar dirik jugak laa kan, klw muka tu bujur sireh xper senang jer nak digayakan ngan apa2 jenih tudung.

Ni bOooOOlat mcm purnama mengambang---perbandingan xmo kalah :P
Tu yg membuatkan xberani nak beli tudung online.

Ada yg jenis awning nipis tp bila acu kat muka elok jer terletak..ada yg kita tgk elok jer keras awning xkemik, tp sekali pakai diameter muker xmuat –kes ai laa nih.

SoooOooOO very cannot judge the tudung by it’s owning.

Jujur seblum nih ai xkisah pon beli tudung size kecik-kecik …tp skrg agaknyer dah sampai seru kowt. Dah tak selesa nak pakai size yg M lagi. Malu.

Maka mana-mana tudung2 yg kecik2 tu, ai let go pada kawan2 yg sudi nak pakai tudung pilihan ai. Ada yg sekali dua baru ai sarung.

Tp tudung yg ai beli sendiri laa kebanyakkanyer. Tudung yg En Somi hadiahkan ai simpan. Sebab ada nilai sentimental value kat situ. Kene bijak mengayakan tudung size kecik tu ngan mafela or selendang kasik tutup dada. 

Kat mana selalu ai carik tudung ?
Ai carik tudung kat Qaseh  Seksyen 7, Shah Alam.
Nak cari tudung yg simple mmg sinilaa yg ai tuju
Best kedai nih sbb choice dia bykkkkkkkkkkkkkk sgt & paling best harga affordable. Walapun harga murah tp diorg tak jeopardize quality tudung2 tu.

Klw nak carik tudung2 yg fesyen2 ada satu kedai nih ai suker.
Pon kat Sekyen 7, Shah Alam gak.
Wlpn harga dia agak tinggi sikit dr Qaseh (BTS still lagi rendah compare to Ariani or Hajra) tp yg bestnyer kat sini…design dia pelbagai. Fancy2.

Mmg rambang mata.
Xcukup ngan tudung, diorg jual lak baju yg sepadan cantik ngan tudung yg gorgez.
So ckp ngan ai. Camner xterpancing ngan marketing strateginya?

Tudung labuh fesyen2 nih ai berkenan sgt sejak tengok Ustazah Siti Norbahyah pakai dlm rancangan Semanis Kurma.
Bergaya tp mengikut syariat.
Serius lawa n nampak manis jer.
Dah lama ai mencari tudung yg mcm nih, tp klw ai jumpa sebelum2 nih harga nyer menjulingkan mata & materialnyer xberkenan dlm hati.
 
So Inspirasi nih ai xpenah try koleksi tudungnya… sayugia dah ada Festival Hijab nih… mari terjah reramai.
 

 

No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...