Wednesday, May 30, 2018

Blog?? Lupa lagi laaa

Buat sekian kalinyer K.liya boleh lupa lagi blog ni.
xingat apa email n password yg diguna utk access.
Adulaa hai...seddeh.


Sebab mmg byk email yg K.liya guna.

Seingat K.liya ada dlm 5 email tp yg skrg active hanya 1 jer.
Bila dah byk umur nih rasa mcm xmampu plak nak handle byk email...rasa rimas.
Dulu buka email bebanyak sebab kononnyer nak separate utk jenis kegunaan.
Ada yang buka utk personal use only & ada yg guna utk formaliti.
Yang personal tu boleh ada 2-3 email lain lagi (zaman remaja dulu, ntah apa fikir pun xtahu laa). 

Dah 2-3 ari K.liya cuba nak access sebnarnyer.

Dan 2-3 ari seblum ni rupernyer memang K.liya dah boleh access cuma K.liya yang xperasan yang rupanyer blog-blog ni dah link antara satu sama lain. 
(haa..tgk, blog pun jenis nak byk...tp bertulisnya tidak)

Satu blog tu utk captured citer pasal T.T.C 
Blog yg ni pulak utk rambling citer seharian yg akhirnya terjerumus cumer setahun 1 entry jer...hahaha sedddeyyyy.
Bukan mudah kan nak dptkan rhythm utk consistent menulis.
Elok2 taip tetiba rasa xbest..delete...cuba lagi tulis, pun delete.
last2 tinggal sebaris ayat. Tu pon  nanti masuk dlm draft sebab xkan nak publish sebaris jer kan.

So kali ni berjaya tulis penuh...ok kowt as permulaan.

Dah nak kul 2..kene stop nak sambung kije..Blog ni dilayan time lunch jer. sbb klw kat umah xder laptop nak sambung. Tipu..laptop ada tp dah freeze kat drawer tu dekat 3tahun kowt. Puncanya, tgh2 guna tetiba re-start>>>stress xberkenan. 
Dah ckp nak baiki tp makan tahun still tersimpan rapi..nak letgo, rasa sayang pulak.

Nak berblog kat enpon rasa mcm susah n xpuas.
Kita tgk laa mcmner kan.
Tp, ok gak ...at least klw menulis time lunch kurang sikit K.liya ni makan... berat dah makin menimbun2 dr pangkal berat 6...dah jadi 8.

Sebagai penutup celoteh hari nih...K.liya nak wish Selamat Berpuasa>>>14hari dah berlalu, rasa kejapp jer kan. Tau2 esok dah raya. Tingkatkan kualiti puasa...bukan sekadar tahan lapar n dahaga jer tau (nasihat utk diri sendiri yg lebih sebnarnya).

Insaallah...next kalam, kita bersiaran lagi.

P/S: Niat nak letak gamba sikit..nan hado dik, sebab enpon akak cumer takat support  3G jer, opis ni pulak coverage tak berapa nak bagus. So bertabah jer laa.
Esok2 klw dah boleh transfer pic, kita bubuh yer.


No comments:

Post a Comment

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...