Saturday, June 30, 2012

Rawatan Gurah

Korunk penah dgr?
Xper…sebab ai pun baru semalam jer tahu apa tu Rawatan Gurah.

Ai sebnarnyer tgh mencari info pasal khasiat bertunku

Sbb, terasa sgt minggu nih badan bebetul kurang selesa.

Perut sentiasa rasa bloating giler…senak smpi ke dada.

Mungkin sbb tunggu ‘cik p’ nak dtg

Utk bagi selesa sikit, beria laa ai sapu minyak angin n bertunku pakai hotbag.

Seblum tido ai rebus dulu hotbag tu & tuam kat perut, belakang badan n kat ari2.

Lega sikit…

Eh termasuk citerlain lak…part tungku tu nanti ai citer kendian2.

---------------------------------------------------------

Ari ni ai nak share pasal tajuk kat atas tu

Ralit baca info pasal khasiat bertungku semalam,tetiba leh terjumpa satu link nih.

Tersangat terpanggil2 nak mencuba biler tgk gambo nih.

.

.

.

.

.

.

Gambo ada unsur2 geli+loya sikit tau,

Sapa yg tak tahan, cecepatlaa scroll kat bawah

..

.

.

.

.
 

pic & info credit to:http://www.rawatanislam.org/
 

Apa itu Rawatan Gurah?

Rawatan gurah adalah kaedah rawatan sunnah nabi bagi penyakit yang berkaitan rongga kerongkong dan hidung. Khasiat rawatan gurah ini boleh menyembuhkan masalah resdung yang kerap bersin pagi,mengeluarkan semua lendir pada hidung dan kerongkong supaya nafas panjang dan suara lunak jika mengaji/azan/menyanyi.


Kaedah rawatan ini adalah dengan menitiskan campuran air herba (rebusan akar kayu) dan madu kedalam lubang hidung pesakit. Pesakit kemudiannya perlu tunduk dan mengeluarkan campuran air tadi bersama lendiran kotor dan kahak dari hidung serta kerongkong akan keluar selama 30-45min,insyaAllah sembuh...


Rawatan gurah adalah satu keadah rawatan thibbun nabawi dimana Rasulullah SAW pernah melakukannya suatu masa dahulu.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
 
"Celaka kamu,jangan kamu bunuh anak-anak kamu.Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india,dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut,lalu bayi itu sembuh..
( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.

 
-------------------------------------------

Dah lama berangan2 nak cari rawatan yg boleh cuci rongga pernafasan.

Sbb ai ni mmg, asal bangun pagi jer hidung rasa ‘berat’ …sukar nak bernafas n selalu jer rasa mcm tersumbat…

Klw selsema tu , ai paham…ni mmg xder apa2.

Belum lagi citer bab berhabuk…bersin mcm nak halau kucing jer bunyiknyer.

 
Luper nak bagitau yg ai nih ada resdung.

 
Teruja sgt nak pergi n try, terus ai call & buat temujanji kat nearest cawangan di Klang. Kat Sungai Udang. Dekat umah ai lak tuuuuuuuuuuuuuu….betul2 kat tepi kedai makan yg ai selalu tapau time ‘rajin’ masak.

 
Memula tu mcm risau, betul ke tempat nih..sbb dia buat kat bahgian atas umah kedai. Keadaan pun mcm muram jer. Tangga nak naik atas pun mcm suam2 terang.**efek citer triller gred B**

 
Ai pergi lak sorunk…mmg tawakkal redah.

Sampai kat atas tu, tgk ada 2 org budak perempuan tgh tgk tv…

Ai ingatkan dia pun nak dptkan rawatan.

Ghuper nyer dia laa perawat…

Awatlaa ko tak tanya or greet pelanggan ko dikkkkk.

Terkial laa akak ko nih mencari sapa laa yg nak ubatkan akak nih.

Xperlaakan,budak…dimaafkan.

skill nak communicate ngan pelanggan xdevelop lagi.

 
Adik ni umo 19tahun..tp jgn tertipu ngan keremajaan beliau sbb beliau telah diberikan kepercayaan oleh pemilik pusat rawatan nih utk urus caw klang & berikan khidmat rawatan.

Rawatan yg dia beri betul2 berkesan.

Bukan boleh buat Gurah jer…tp klw nak berbekam pun boleh.

Klw xnak buat kat kedai, nak dia dtg umah pon xder masalah (kene surcharged RM20 jer laa dr harga asal RM50)

Pusat kat Klang nih setat dr pkl 10am – 10pm.

Klw nak adik nih dtg buat rawatan kt umah lepas pukul 10 yer.

 
Utk buat rawatan gurah nih kita hanya perlu baring dengan keadaan kepala ditinggikan (mendongak)

Tujuannyer supaya titisan air herba & madu tu cepat mengalir masuk dlm hidung.

Kene cecepat bangun, lepas dia titik ubat tu (kedua2 belah lubang idung) untuk elakkan kita dr lemas.

 
Huh? Dua titik tu mampu melemaskan??

Betulllll…xtipu.

Memula xrasa apa2… seminit lepas tu baru rasa rongga idung n tekak pedih2 panas perit sikit

Time nih yg buat ai mcm nak lemas…

Sbb dua2 saluran nih mcm tersekat.

Ghuper2 nyer lendiran tu sedang nak keluar~~~serius, sebijik mcm dlm gambar kat atas tu.

 
Eh lupa nak bagitau…

 
Masa nih, kita kene duduk atas kerusi sambil tundukkan muka kita kebawah mengadap mangkuk plastik yg disediakan. Ini bagi memudahkan aliran lendir tu mengalir keluar.

Ai skeptikal gak awal2 tu…antara caya atau xjer…

Bila dah buat n alami sendirik, baru laa ai berani nak share ngan uol semua.

Kata adik Ira nih, kesannya berbeza2. Ikut pesakit. Ada masalahnyer lite2 jer, ada yg medium dan ada yg dah teruk.

Klw yg dah teruk sgt tu nak angkat muka dr mangkuk pun xboleh sbb lendir tu lajuuuu jer keluar.

Masa ai buat, lendir tu kuar tp tak laa lajuuuuuuuuuu.

Kejap lendir tu keluar, then dia stop kjap dlm seminit dua…lepas tu ai rasa sesak nafas, dia kuar lagi diikuti ngan muntah.

Tp jgn panik yer… sbb muntah tu pun salah satu cara proses cuci ruang kerongkong .

Semua air laa keluar,

Tolak air kat telinga jer yg x. ngengenge

 
Lama gak laa ai dirawat oleh adik Ira… dekat 2jam setengah.

Tekun dia tunggu ai..kejap2 hulur tisu, kejap2 hulur air.

Selalu rawatan nih dlm 30-45 mins, tp memandangkan time tu Adik Ira tu ckp dia xder pelanggan lain …so xperlaa dia tgk2 kan ai. Alo looooo suhwiiittt sgt laa ko nih dik.

Lepas selesai tu… mmg dpt rasa different idung ai nih.

‘lapang’ sikit nak bernafas…

Malam tu kat umah pun idung n tekak ai masih lagi kuarkan lendir .

Kene letak bekas kat seblah…sbb klw time dia nak kuar tu tetiba jer…takut xsempat nak buang kang tertelan lak..iyarrrkkkkkkkk.

Rasa pedih2 panas tu still ada lagi tp xlaa kuat berbanding memula2 tadi.

Kesan tu akan hilang esok pagi.

 
Berkobar nak bagitau MyCS …sebab hari2 kene dgr hikayat idung ai.

tp manjang ai xsempat nak bercerita kat beliau. Masa beliau balik pagi tu pown badan ai dah letih sgt. Bygkan semalaman berperang.

Klw sesapa yg nak try, leh laa layari website tadi 

 
Next time ai try buat kat HQ dia pulak kat Seksyen 7…berbaloi2,

dpt berubat n dapat beli kain kat jakel sekali…miahahaha :P

 
Baju raya kaler nih ai nak tema babyblue yer kenkawan.

 
Bagus…penutup cerita yg off-topic

1 comment:

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...