Tuesday, March 27, 2012

Penang Trip - Part 1 (citer kawin Fiza)

okehhh...
ni lagi satu ceritera part-part-part siku lipat yang sampai sudah sangkut kat draft ai.
Mujur xgenap sebulan laei.

Tp syok sebnarnyer, ai pilih utk citer ari nih koz tadi, lepas opis hour, ai baru jer jumpa tuan empunya badan sejak bergelar pengantin baru~~~~ weeeeeeeee---renjis-renjis dipilissss...ditepungiiii laa tawarrrr. Gitu.

K... trip ai kali ni ke Penang sebnarnyer more untuk  memenuhi undangan majlis perkahwinan  adikkandungkucingLEO ai a.k.a PUAN Fiza---now kita ada 1 lagi channel yg sama utk gossipppp hehehhe :P

Trip kali nih from 2/3 - 5/3 ari tu
Honestly speaking sebnarnyer ai mmg dah lama x naik Penang. Seingat ai laa, last yg ai dtg sini dekat 7tahun lepas kowt. Ikut abah ai outstation. Boleh?

So trip kali nih boleh dianggap my first ever trip ke Penang laa...especially klw pergi bersama-sama cinta hati kan...ehem ehemmmm.
wlpn kedah n penang tu xjauh maner masa studi dedulu, tp xder maknanyer ai n Tuan berdating sampai seberang jambatan Pulau Pinang okeh.


touchdown kat Bayan Lepas 2.36pm
kitorunk amik keter kat keretasewapenang.blogspot.com
ai memang rekemen uol amik kat sini

xsah rasanyer klw g mana2 xamik gamba ngan batu 'welcome'

gamba wajib mesti ada klw g Penang

Dari airport nak sampai ke umah fiza, xjauh mana sebnarnya tp dekat sejam gak laaa
sebab xbiasa ngan jalan kat penang tu...plus nak dgr bebel si GPS lagi
maner nak tgk jalan, maner nak tahan sentap ngan GPS yg pelat.
thakshuhertauu (tak suka tau)

ai sampai kul 4 lebih kowt klw xsilap.Time tu bakal pengantin xder kat umah coz
tgh bersolek molek-molek kat butik.
shantikkkk shanghatttttttttt

shanthikkkkkkkkkkkkkkkkk


majlis akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan
pada pukul 5.30 ptg



Elli & Fiza
Pasangan Suami Isteri hingga ke syurga
amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin

Alhamdulillah
syukur sesangat2
coz Allah sentiasa bagi ai peluang untuk bersama-sama dengan
setiap sahabat rapat ai
meraikan hari cinta mereka


jam time ni dah dekat pukul 6 lebih.
perut adalah maha lapar okeih.
coz last sappedek pukul11am tadi...
tuanrumah jamu mcm2 hidangan...orang penang kan mewah makan
mcm2 ada
bihun, roti jala, kari ayam, jenis2 kuih smpai xmuat meja
byk lagi laaa
nak amik gamba tp malu laa pulak coz kitorunk time tu
dlm kelompok ahli kelurga pengantin lelaki.
Segan weihhhh
Dok elok-elok makan tekun satu sudut sambil ulang alik ambik hidangan
malu bergambar je... makan xmalu ok hehehe

Jam 7 lebih camtu mintak signal kat tuan rumah nak beransur
esok nak dtg lagi kan
untuk hari besar

first day kat Penang kitorunk stay kat Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
Elli yg tolong booked, since ramai saudara mara & sahabat2 yg turut serta.
Dpt rate murah RM110/nite
Hotel pun dekat ngan umah Fiza...dlm 15mins jer

standard room
yang penting
bersih & selesa

badan rasa longlai sgt
tp yg ironi nyer perut still ada kekuatan nak makan
nak keluar kaki dah tak larat nak melangkah
makanyer order jer laaa room service
sedap & murahhhh
baru RM36++ untuk
 nasik goreng special + chicken chop + air bandung + buah2an



dah kenyang, penat...harus laa ngantuk n berehat
sebelum agenda esok diteruskan

sambung citer part 2

Monday, March 26, 2012

ai nebes laa ngan Tuan.

ada tak ai mentioned yg lately 2-3 minggu nih ai dilanda perasaan NEBES?
seriussssssssssssssss okehhh...
nebes sampai tahap diri kiter nih x dpt nak function 100% mcm selalu...ermmm mcmner nak kasik terang yerr??

mandi xbasah (okies tipuk sbb bil air melambung kowt)
makan xkenyang (ni pown auta gak nih, tdi baru jer kuar with Fiza dinner mkn nasik 1 1/2 cup...hishhhhhhh)
tido xlena (mampukahhhhhh ai xlena tido??---soklan disitu)
.
.
.
no no no...ai bukan NAK bercinta...hello~~~ ai dah kawin n ai SEDANG bercinta dgn Tuan ai skrg.

Cumer Tuan ai skrg rajin sgt kowt---sampai ai naik cuak (wlpn sebnarnyer dlm ati ai seronok sgt sbb ai xyah nak buat kije heheheheh)
xmampu nak catch-up level kerajinan beliau yg karma hebat 2-3menjak nih
(kene kasik ayatttttt a.k.a jek leybehh sikit supaya rajin beliau kekal amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin)

last week beliau berkebun
sesenyap jer dia buat sensorunk kat depan tu...
selalunyer klw beliau nak mulakan keje, mesti nak ada dayang pengiring a.k.a ai laa tu, temankan beliau kat tepi.
Kali nih x okehhhh...
tau2 dah selesai~~~



This week lak beliau tunjukkan skil memasak


ai xtdo okeh time nih
SUMPAH!
nampak tak tgn bOoLat ai tu tgh hulur
sayur2 kat Tuan

paprik campur yg sgtlaaaaaaaaaaaaaaaa sedap

-------------------------------------------------------------------------------------------------
EEee... ai rasa kan gimik ai nak buat surprise kat Tuan on April nanti dah bocor kowt.
Sbb ai tgk Tuan suspicious semacam jer
eeee
Tp seingat ai, ai xderlaa terlepas ckp kat Tuan pun
Kowt ada, ai cumer ckp someting special is waiting for U on April
Apa dia...ai xpenah bagi tau
.
.
.
kowt laa time tido ai mengigau
dan  
TERcakap
(yeap...ai mmg selalu berckp dlm tdo)
.
.
.
dem
hishhhhhhhhhhh 2 bulan dah kowt ai plan
tapi xkowt...beliau saja tukar strategi nak korek rahsia dr ai tu.
Positif!!!
cool! liya cool!

Friday, March 23, 2012

Xleh nak masuk bilik?

Mlm tadi ai ader class a.k.a al-kuliyyah setart kul 8pm patutnyer.
Tp jam time tu dah kul 7.45pm---masih lagi ada kat umah???..yeap. saya masih dirumah kawan-kawan ku.
Kelangkelibut laa capai baju, sarung tudung n hangkut beg. Segalanyer serentak gitu.
Kunci umah n kunci keter mmg dah cekau awal2 lagi, humban dlm beg karung.
Dah xtoleh-toleh  terus tutup pintu bilik.
kletakkk bunyiknyerr----tanda dah terkunci.

Terkunci???

xkisah laa, sambil mata melirik kat beg karung kat sofa nuh.
Kejar masa--kejar masa---
Last Tuesday beria ckp nak dtg awal ari ni utk refreshment course katerrrrnyer.

Kaki cari kasut & tgn carik kunci dlm beg.
Pun satu misi mencabar gak nih.
Segala mcm benda klw boleh nak bubuh, tinggal dorayaki jer xdan nak beli boh dalam. If not, sah leh geng ngan Doraemon .
Goncang-goncang beg...kasik dgr gemerincing skiiiiiiitt----sah kunci mmg ada.
Cekau lagi sampai berjaya cekup.
Time nih dah mula terbit rasa sangsi...awatlaa berat sgt kunci nih?
Sekali kuar ko----------------haishhhhhhhhhhhhhhhhh...

sah terambik salah kunci.

Nak salahkan sapa???
Ami kot.
coz sukerrrrrrrrrrr sgt tau, ajak bercengkerama salah timing sampai ilang konsentrasi ai.

Ami with Deh Killuh Luuk


my six pack ---hidden beneath furryyyy blanket

Astagfirullahal'aziiimmmmmmmmm 

akak nak g ngaji nih Ami~~~ 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ami
temankan akak tdo depan tv jap laei k, sampai Abg balik.
isk isk isk

Tuesday, March 20, 2012

Hot Air Baloon Putrajaya - Part 1

macam xcaya~~~ai mmg dah lama terigin nak tengok belon panas nih dekat2.
Masa ai kecik2 dulu laaa. umo 6-7 tahun camtu, parent ai ader belikan ai ensiklopedia (erkkk... betul ka dak aku spell nih~~~belasahhh). Ensiklopedia nih besttt sgt, sbb seingat ai, ai lebih ralit baca buku2 nih dr ngadap buku sekolah. Ada macam2 citer kowt. Dalam satu set nih, ada dlm 12 buku. Setiap satu buku ada fokus tajuk dia....ada citer zaman prasejarah, citer pasal tamadun, ada ttg haiwan, ttg kejadian manusia----sampai laa ke topik penerbangan.
dia citer laa dr awal manusia mencipta alat utk terbang guner alat mcm pelepah sayap burung---sampai laa masuk Chapter Belon Udara Panas.

Gilerrr kagummmmmmmmmmmm ya haaaaammmmmmmmmmmmmmatttt time tu...coz, iyerlaa kan budak-budak. Pikir time tu, belon yg simple main hari2boleh guner utk terbang. Duk tiup2 kembung mulot sampai perit laa nak bagi besargenting. Kenangan~~~kenangan. entah kemana laaa buku-buku tu sumer. Nak surf kat tenet, mati xhingat laa terbitan mana. tp xsilap keluaran luar, coz gaya bahasanya tu mcm direct translation dr versi English.
hmmmmm...esok-esok klw ada baby ai nak beli laa ensiklopedia mcm tu. Sbb besttttttttttt...best dia terbawak2 sampai ai besar ni.
hehehe------------------tu jer nak bagitau sebnaqnyer, penat kan baca panjang lebar perenggan mukadimah...miahaahaha :P

**********************************************
Dekat seminggu kowt, Tuan ada bagitau ai nanti ada Fiesta Belon Udara Panas kat Putrajaya. Dgr jer, mmg ai tergedik-gedik nak pergi. 3 kali selum nih ai termiss---sbb xdpt info. ermmm xberapa alert sebnarnyer. iyerlaakan, klw xbaca news, xdgr sgt berita, radio pun jarang-jarang bukak,---manerlaa nak dpt update. So, manjang jer terlepas nak tgk or join.

alhamdulillah kali nih dapat pergi...weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~

Fiesta nih berlangsung 4 ari from 15(Thurs) -18/3(Sun) lepas. 7am - 9pm.
But kitorunk aimed nak pergi ari sabtu petang tu. Gerak pun mmg lewat petang. kul 7pm baru sampai sana. Traffic mmg high. Bumper to bumper. Ari lain melampau laa kan ko nak pergi. Gigih laa pulak amik cuti semata2 nak tgk belon. Klw nak naik belon tu semangat laa jugak kan nak apply leave. Ni takat posing sengih tepi jerr...xperlaaa, kitorunk g Sabtu.

Why Sabtu? Coz Sabtu special skit, selain ada acara tetap mcm Synchronize Light Show...ada Night Glow & Firework Show. yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp.. ada bunga api. Kire 2 hajat ai tertunai dlm satu malam. Dpt tgk belon & bunga api :) Puas hati senyum smpi sumbingmimbing bibir.


Time ni kitorunk kat atas Jambatan Seri Wawasan.
Jenuh menapakkk weihhh.
Diorunk buat event ni kat area Monumen Alaf Baru kat Presint 2.
Ramai betul umat manusia time nih.
nak harap dpt parking terdekat mmg mimpi laa..
Kitorunk terpaksa letak keter kat sebrang jambatan nih!!
diulangi sebrang jambatan yerrrr...dekat ngan umah kakitangan awam tu.
Huuuuuuuuuumangaaaaaaaaaaaaaaaiiiiii
nasib baik ada pengalaman walkaton yg dok join tiap tahun tu kan.

lawaaaaaaaaaaaaaaa sunnguhhhhh

mungkin uol tgk gamba nih xterkesan dihati coz
xdpt nak bagi realnampak kelawaannya---kamera biasa-biasa jer nok...
but believe me,
memang cantik :)

muker excited terlebih.
nak amik gamba nih pun gigih kemain.
Kamera xberapa ada nak canggih.
asal amik je, gelap.
amik jer gelap.
nak kasik terang, terpaksa tunggu api belon tu nyala.
maaf laa yek klw tgk wajah ku dikala ini kurang fotogenik nya.
dah habis daya nih maintain sweet.






ada bykkk sgt belon
xdpt nak kire
coz tmptnyer xstrategic sgt laa.
byk sgt halangan...pokok laa.. tiang laaa
orang, mmg xyah ckp laaa...mcm ulatta#$.
merengkot-rengkot segenap sudut.
Mungkin sbb ai rasa best sgt kowt, so perasaan bersesak2 tu umpama bayangan jer

ni belakang ai jer tau
lom kiri kanan depan lagi
klw Ustaz Don buat ceramah, ada tak seramai nih yg pegi??
nak kasik tau nih,
balik trip Penang ari tu, terserempak Ustaz Don.
Chumel ya hamat ~~~ terus tumbuh bunga ditaman hati nih.
time tu ai & Tuan tgh beratur.
Kat LCCT tu, Line ke-2 utk tunggu teksi.
toleh-toleh belakang tgk
"ehhh mamat nih aku selalu tgk laaa...tp kat mana yer??".
Mmg tak teringat Ustaz langsung...dlm ati sebut nak panggil mamat jer.
Coz stailo giler kowt...not typical dressing ustaz2 k.
Pakai rayban glemer dia tu laaa
tshirt putih +jeans biru+sneakers putih
Bayangkan kat belakang ai jerrrrrrrrrrrr
kelip2 mata ngan Tuan suruh dia tegur nanti leh laa tangkap gamba kan.
Ai nak tegur ai malu.
Ai harapkan Tuan ai yg macho n xkurang encemnye nih utk tegur laa Ustaz Don
lelaki sama lelaki kan...malu hapanyer. Tul tak??
tentu ustaz tu bagi respond at least mcm kat Tv al-Hijrah tu
senyum jerrr kan...sejuuppp ati
Tp Tuan ai nak join ai maluuuuuuuuuuuuu jugakkkk
EEEe sungguh xwonderpet langsung
gieerammm tauuuuu.

ustaz Don
..EnCem..

haaaaaaaaaaaaaaaa...okeh cukup selingan.
Sambung citer belon

meriah tau time nih, mcm disko lambak.hahaha
mana tak nyer...lagu punyer kuat, semua lagu hips2 guyang pinggul versi mat saleh.
api belon tu lak diorg buat serentak iringan muzik.
cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Eeeee ai xtahu laa camner nak ckp...
tgk video yek...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sorri laa geng,
ai dah usaha nak masukkan video tu dlm nih, tp terkepot2 dia nak uploading.
haishhhhh kurang kesabaran disitew.
Next entry yerrr.. pinky promise :)

Friday, March 16, 2012

Dear my red lappy...

Mlm td lappy kene serang virussssssssss (ada 10 ‘s’, satu virus satu)

Xtahu samada nak nagis ker nak panik---yg pasti, ianya menambahkan rasa lapar diperut.
Kehji kan?
Niat ati nak kurangkan mkn,xmo makan mlm n minum manis2 sgt. Coz masa gotongroyong kemas umah last week baruuuuuuuuuuuuu laa terjumpa balik penimbang berat. Hasilnyer, berat somiisteri xjauh beza… Mmg laa ai suker klw Tuan berat dr ai,tp klw dah xjauh beza??????

Seee..panik sgt smpai termasuk citer lain. Sob sob sob.

K, sambung balik citer lappy tadi.
Ai dah laa xreti sgt benda2 nih---
Yang tahu kuar pop-up menu Security Shield 2012---tetiba!!! Xpenah tau pun wujud.
Skrg nak surf + bukak file/folder semuaaaaaaa pun xboleh…bukak jer nanti akan kuar pop-up kata kene infected. Demmmmmmmmm.

Salah sendiri gak sebnarnyer, dat’s why ai ckp tadi---xtahu nak nagis ke or nak panik.
Salah ai yg x sambung services virus protection dulu. 1x *Demmmm

Seblum-seblum nih mmg laju jer Norton reminder tu naik ingatkan ai yg virus protection kat lappy dah expired. Tpi buat keduangggggggg jer --- 2 x double *demmmmmm
Bila semalam kuar alert berkoyan2, baru laa timbul kesedaran—*dem dem dem bunyik mercun (sila sebut slang english)

Tangisan sama sekali xkan merungkaikan ~~~Panik tak mungkin dpt membantu.
Eceeehhh, statement 'berpijak dibumi nyata' disittew

So pagi nih, gigih ngangkut bawak g opis.
Nak mintak tolong geng MIS tengok2 kan apa yg patut.
Kene bertakat laa kan klw nak minta bantuan org…at least diorang sudi gak nak bantu ai.
Tgh checking2 tu---diorg tanya ada warranty lagik tak?
Blurrr jap…sbb mmg xamik tau sgt pun.
Yg tahu, ofkos ada, cumer xpasti berapa lama lagi.

Nasib Tuan dah selit receipt & warranty kat celah beg pagi tadi, sbb dia balik umah jer ai terus ngadu pasal lappy ada virus.
Curik tengok ada 1 + 2 years lagi.

Call kedai yg beli dulu & tanya samada leh tak bantu ai.
Iyerlakan dlm slip waranty tu dah terang2 mentioned apa yg boleh apa yg xboleh nak claim.
Tp try tanya jugak…kowt laa boleh tolong.
Alhammmmmmmmmdulillah dia kata no problem. As long as masih simpan resit & masih dlm waranty lagi.
Time nih rasa cinta kat Tuan mmg membuak-buak---klw harapkan ai mmg ntah kemanalaa resit tu kan.
Klw resit selalunyer ai lipat2 kecik2 sampai jadi mcm topi tu seblum buang---gigih x?
Klw waranty slip?…susah nak jawab sbb lupa laaa---mmg xder banyak benda berharga mcm korunk yg berhelai2 surat waranty.

Latest update : MIS ckp lappy ai dah okies. Diorg dah buang kuman2 tu semua, tp diorg advise ai pasang anti-virus a.s.a.p.

Nak guna apa yg seswai yek?

Thursday, March 15, 2012

Luper lagikkkkkk

Mencik tau.. mencik mencik mencik~~~

Dah siap breakfast tadi (milo + sekot = feeling diet jap) ingat nak telan laa ubat tu. Godek2 handbag---tgk xder, xpuasati lagi tu tuang tergolek isi perut beg (handbeg dah laa senak ngan brg,mcm poket doreamon---torchligt Broga ari tu pun ada dlm beg)
ai luper nak bawak ubat---uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa, dah laa kene makan on time.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

haishhh..sob sob sob

Warga Selangor dibelenggu gangguan Air 36JAM!!! errrkkkk

KLANG/SHAH ALAM

Tempoh waktu gangguan akan bermula pada 8 pagi 14 Mac 2012 sehingga jam 8 malam 15 Mac 2012.


*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Sebab Gangguan/Lain-lain/Keterangan

Kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve' bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian 'Delivery Sluice Valve' bersaiz 1350mm pam no.7 dan 'Suction Butterfly Valve' bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan 'Feeder' elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Kawasan Terlibat :

1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya,
Bukit Kapar dan kawasan sekitar
7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang---ai pitam jap12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
13. Seluruh Kawasan Jalan yadi
14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gedung Indah A
33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
34. Seluruh Kawasan Kg. Pandamar
35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
38. Seluruh Kawasan pandamaran
39. Seluruh Kawasan pandamaran jaya
40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pendamar Maklumat Tambahan

-----------------------------------------------------------------------------------

haaaAAaaAAAaa~~~~lega sgt, ai bru jer dpt bersihkan badan. Ya betul xyah nak kerling2 mata tgk jam. Ai tahu xelok mandi pepagi buter mcm nih...tp time ni laaa baru terbitnya punca air kat main paip umah nih. Bersungguh ai tadi, refresh utk esok pagi---kowt laa kan xder air balik, at least ai dah berganda-ganda wangi n berganda-ganda bersihsuci gitewww..makanyer esok xyah mandi pon xper... cukup buat lakonan Bujanglapok n d geng... miahahahahhaa. Takkan nak buat camtu kann?? taaaaakkk...tak de Der

tp ai rasa temporary jer kowt air ada waktu pagikelela mcm nih...dia bagi kita masa utk top-up tadahan air. Esok pagi tau2 dah xder air balik kannnn... tp xperlaa, gangguan nih bukannyer saja2 mcm:-

'ehhh korunk, kitorunk nak tutup air korang laa... biar korunk pandai berjimat'
Errrmmm satu cadangan gak nih. then baru laa kita sedar kepentingan air. klw tak shower tu terpasanggg jer time korunk main sabun...kan kan kan kannnnnnnnnnnnnnnn....

Realitinya, gangguan bekalan air nih coz diorg nak upgrade & baikpulih.
tadi dah baca kan artikel kat atas tuuuu??? pandaiiiiiiiiiiiiiiinyer

klw xder air mcm nih, selalunyer mak-mak kiter laa yg stress kan?
mana nak masak, mana nak cuci pinggan periuk mangkuk semua, mana nak bersihkan anak yg comot lengai.
So ayat lazim yg akan kuar dr mulut mak kita adalah "baik api (elektrik) xder drpd air" .

And pasan tak? time kita tahu xder air nih laa.. sikap kita totally berubah. Kita lebih menghargai kepentingan air tu. Klw selama nih ram-ram-ram setengah kolah habis time mandi...tp klw time xder air elok je cermat memasing 3 baldi dah langsai bersihkan badan. Magic kan??

Monday, March 12, 2012

gelak nebes

hahahahahahaha----hahahahaha---hahahahaha

ai memang cenggini---klw nebes + cuak + takut + kompiuse = ai GELAK
mmg mcm ntah hapa2
sewel sikit---emosi xselari ngan tindakan refleksi. Tu yang selalu motif ai tak sampai kat orang yang slow~~~ eh NO ...not you, orang lain yg slow ...u x

rasanyer sapa2 yg rajin selak blog ai nih tentu penah terbacakan tentang project ai pada tahun 2010 kan?
project yang mana satu yer?
project yang project aaa... letih laa, kang ai cop slow a.k.a lambat pick-up sentap lak.
Mana yg dh tahu---tahu laa yer.. mana yg xgedit-gedit, pepandailaa carik sendiri.

so ai xnak ulas panjang..sbb skrg  nih ai tgh nebes.

kene tunggu Tuan ai balik jap lagi~~~barulaaa berkobar semangat ai naik.
tadi ai g spital sensorunk jer.
dah laa 2x pergi lak tu.
memula g spitalgomen sbb nak amik report dulu as reference.
Sayup jer suara ai tipon boss minta kebenaran kuar awal time lunch tadi. Dgr suara beliau half-hearted jer nak kasik, kat ujong2 tu ada bait-bait keluh-keluh. Sedih ai.
Tp xkisahlaaa...sbb dia xrasa apa yg ai rasa. xleh nak salahkan dia, sbb dia xfaham.

klw ai tahu report ai siap cepat, ai mmg xperlu nak  minta kuar lunch lebih awal tadi. ai boleh mintak kawan ai amikkan jer terus, coz dia pun secara kebetulan pergi ospital yang sama. Ada sedikit kesal sbb seblum tu, Nurse dah janji nak call ai biler dah ready. Tau2 senyap jer. seminggu xder news, kecik ati ai. Tp sbb ai fikir ai nak berjimat makanya ai try call balik. Sbbnyer klw kiter dah penah buat kat gomen, makanya xyah ulang lagi buat kat privatespital.

berkejaran laa ai g spital amik report. jenuh carik parking, HTAR bila tahun xramai org??? u tell me. Call Nurse tu kata ai dah sampai tp lewat sikit sbb carik parking. Dia ckp xper, parking jer kat lobby depan...waaaaaaaahhhh...feeling dokter-dokter lak ai kejap. Biler dpt report tu dlm tangan, ai rasa legaaaaaaaaaaaaa sgt. At least my current Doc dpt tgk history procedure dulu~~~

Lewat petang tadi, dekat pukul 7 cenggitu ai sampai kat privatespital ni. Masuk appointment ke-3 dah. 2 kali seblum nih Tuan temankan ai...cumer kali nih jer beliau xdpt nak mintak cuti. Memang ai cuak, total terkucil 4 kali dlm tempoh 20 mins tunggu turn ngadap Doc. kali ke 5 xdikire sbb Doc tu yg suruh ai lepaskan hajat dulu seblum undergo check-up.

kowt ada yg tanya kenapa tetiba tukar dr gomen ke private?
Selain dr level kepakaran,  adalah disebabkan kekangan Masa.  Skrg nih lepas opis hour pun ai still boleh jumpa pakar. So ai xpayah nak minta cuti selalu, melainkan klw Doc ckp procedure tu perlu ai buat waktu pagi.  Ai mmg klw boleh nak elak amik cuti selalu. Xlarat laa nak tengok org tarik muka. Susah kalau orang x faham dan tak mahu faham situasi kita.

penah dengar tak?
ospitalgomen = korban masa
privatespital = korban duit

First circle nih, alhamdulillah~~~tp Doc bagi ai MC utk esok. MC? sure ada yg menjuih & being sarcastic esok nih. KOMPOM.
Doc bagi sbb katanya untuk keselesaan ai. First time, badan mungkin xberapa biasa ngan clinical treatment nih.
Byk lagi step yang kami kene harungi.
Doa-doa kan laa ai yea.
Insaallah berkat doa kalian---moga termakbul jua impian kami. Amin.

Sunday, March 11, 2012

peekaboo update - Sunday

lunch tgh ari tadi...


jap...jgn ckp ai rajin dulooo
cos
semuanyer ai import dr kedai
miahahah
.
.
.

Star of the day
why dpt STAR?
coz dimasak ngan penuh kasihsayang oleh Tuan tercinta

::konklusen::
tak leh lelama online nih.. kene siapkan keje umah.
lemak laa kan ko kan,
tido dah cukup...makan dah kenyang...upah semua suami dah bagi tp kejeumah xsettle2 laei

Mekasih sayang.
Liya akan switch on mood rajin immediately...
berusahahhhhhhhhhh!!!
wlpn skrg tgh ujan lebat kat luar...
time ujan + perut kenyang---tido sedap nih

Heeeeeeeeeeeeeiippppp...biasa dia nih.
Bye

Bukit lalang @ Broga

Semangat tak?
"bekalan lapik perut" kata Tuan


Memang pasang angan2 nak naik Broga nih dah lama sgt.
Seingat ai, masa memula2 ai tgk pre-wedding shoot Sheikh Muzaffar dulo.


::both pic credit to www.khairulhazwan.com::

Giler cantikkkkannnnnnnnnnnn---plus ngan angle pic tu nampak romantis sgt.
me very likey semua yg feeeliinggggg-feeelinggg romantis cenggini.


So biler 2minggu lepas, Tuan sound yg opismate dia ajak g Broga beramai2, ai adalah super excited.
plan asal adalah last week...xdapek nak join laa kan sbb penang trip.
postpone nak g esok...
dah terbayang nak ambik pic yg laAaaaAAGGGiiiii romantis dr gambo Dr SMS

Tuan ai 2-3 ari nih asyik ckp preparation nak naik Broga jer.
carik torchlight---siap rasa nak beli torchlight baru, beliau kata torchlight sediada xcukup . Beli extra bateri utk torchlight lagi.

bekalan makanan tok sah ckp laaa---penat tahan beliau dr masukkan cekedis dlm bakul Giant tadi. tu lom lagi cita2 beliau nak singgah makan breakfast kat tempat yg best lepas naik Broga tu nanti.

yang ai pulak terngiang2 kata2 opismate ai
"U kene sapu minyak kat kaki u tu seblum  naik, klw x kremlaaa... u tu dah laa xbiasa daki segala bagai. kang cuti on Monday...makin kurang cuti u"---

"u mampuu ker nak berjalan/daki jauh tu?..menapak kat parking lot belakang pun dah bising2"

"naik Broga? u naik tangga pun dah mengah--leh ker?"

Sungguhkan opismate ai berkata2 begitu.
kecik ati :P
tp, memang risau gak sbb dah lama kowt tinggal xtvt2 cenggini.
Deep down, mmg cuak gak.
Siap bagitau kat Tuan yg ai xmolaa pegi.
beliau pergi jer laa sorunk---kataaaaaaaaaaaaanyerrrrrrrrrrrrrr :P
Fikir balik mcm xbaik lak kan---coz member Tuan tu sanggup postpone utk bolehkan kitorunk join.

Sudahnyer ari nih misi untuk cukupkan tido seblum mendaki jap lagi.
balik Giant tadi memasing dah layu.
bentang toto depan tv---klw tdo dlm bilik mmg xkan berjagalaa nak bangun kul 3am nanti.
Janji ngan opismate Tuan ai kumpul kul 4.30am kat Shell Bt3 Shah Alam.

sesedar Tuan kejutkan ai
"Sayang, sayang bagun dah kul 3 nih...cepat siap kang lambat Si Iwan tu da laa jenis punctual"
mata ai tertacap kat time astro---baru kul 11.30pm
Terpisit2 mata ai---tengok Tuan senyum jer pandang ai.

"Baru jer cakap ngan Iwan tadi, dia cancel nak g ...ada hal katanya"

terus ai amik biskut n makan sambil sedut milo mini yang beli tadi.
Dlm hati--- biler tahun laa aku nak sampai Broga nih?

Friday, March 9, 2012

kunci & ranting

xpenah terpikir pun selama 8tahun naik kuda merah nih leh plak ter'alami' pengalaman yang sebegini ruper.

Boleh kunci umah terceplos/ cerlus/ termasuk/ terselit kat dalam kotak handbrakes??
DIDALAM hokeh.. DIDALAM kotak handbrakes.

2 ari lepas punya kisah ni.
Selasa---first day keje lepas 4days straight cuti adalah sedikit sibuk dan blur. 4 ari mengadap laut, rasai hangat kehidupan ditepian pantai. Menguis2 kaki dibutiran pasir yg halus. Segala yg menyesakkan benak dilemparkan jauh kearah terbenamnya mentari~~

memang dah aimed, pepagi masuk opis nak balik tajam-tajam ari nih.

8.30am - 6pm. punchcard...6.30pm dah parking elok depan umah. amik kunci umah dlm handbag seblah dan-------momen itu berlaku.

xcuak sebnarnyer, sbb bukan pertama kali kunci tu terlucut or terlepas dr tangan & tersusup dicelah-celah tempat duduk pemandu. mmg xheran tang tu...sbb mmg dah selalu. tetap mencari tp mata tak laa menengok arah mana tgn tu pergikan...nama dah selalu, so budget dah boleh hagak kemana jatuhnyer segugus kunci umah tu.

Sekali tengok...  meme payohhh kalo gini gak :: versi kelate ::

 nampak tak? celah lubang tu laa jatuhnyer

badan mmg dah letih sgt time nih tambah pulak dilanda panic attack.
time tu cumer terpikir nak mencarik kayu jer
x tipu sebnarnyer coz awal2 tu ai fikir nak kait pakai dawai besi.
xjumpa plak, yg ada  ranting kayu pokok bunga kertas mak ai

Betul laaa.
Buat benda senang time tgh stress mmg xmembawa kejayaan langsung.
Pulak tu mulut terkumatkamit ckp yg %$$% kan
Byk sgt -ve vibes nyer
Mmg xtakkan menuju kejayaan .

Cuba dekat setengah jam
Give-up & start engine
plan nak ke workshop----time nih baru terpikir nak g carik workshop...watdehhhhhhhhh??
berhenti jap kat simpang coz lampu traffic merah.
pandang ranting kayu tadi, amik & cuba kait.
in split second jer kowt  & lampu traffic masih lagi merah
tp situasi dah berbeza...
kunci rumah dah ada dlm tangan ai.

Ada yang penting untuk ai belajar dr pengalaman nih.

1- Keselesaan terhadap sesuatu yang menjadi kebiasaan kita sebenarnya adalah perangkap terbaik menjerat sikap alpa diri kita sendiri.  

2 - Masalah tetap masalah. Yang penting ialah kesediaan kita nak terima masalah tu dan kerelaan untuk menanganinya. 

Thursday, March 8, 2012

Love + E.A.T + pray

Ikut hati, mmg xsabar2 nak publish citer trip Penang attend wedding Fiza ~~~U look sooo stunning & madly gojes Fiza~~~

But ai seharusnya menghormati pengantin baru…selagi Mrs Fiza lom publish kat blog beliau, makanyer, ai have to wait patiently---let’s say wait for another 2 days…miahahaha.

So sementara tu ai nak tepek xtvt ai semalam
.
.
.
.

M.A.K.A.N time wit opis mate.
.
.
balik Penang rezki makan mcm sambung menyambung~~~kerlas kan?

Ahli tetap:
From right: Ustaz Lan (doa semalam mcm lajuu skit..hikhik), GG (Coordinator majlis ), Yana (vote NO to fish ), empty seat reserved for me, Kak Pia (pencopet udang meja kiri n kanan) & Sha (gadis penyenduk nasik).

Tahun nih jer rasa mcm dah byk kali buat acara mkn2.
Baru masuk March kan?

Dpt lak klik2 yg amat bekerjasama buat xtvt mengenyangkan perut nih.
Makan-makan sempena apa?
perluker nak carik lame excuses klw dah semua suker makan?
 “ makan-makan sempena increment”---tersangattttttttttttttttt laa kan.

Rezki, sikit2pun duit gak syukur alhamdulillah.



 Venue @ DuanDee,Port Klang :-

Ikan Siakap Stim limau – 3 ekor (pentamak kan…hahah…masing2 berebut nak duduk ngan org xmakan ikan a.k.a Yana)…last2 ai yg dpt…hahaha

Tomyam campur
Kerabu sotong
Telur bungkus
Puyuh goreng
Udang celup tepung
Daging black pepper

Minam2---tembikai laici & karetSusu


Menu penuh meja tp langsai dlm masa setengah jam jer.
Musykil gak, kuantiti sikit pun ½ jam & klw byk pun tetap ½ jam gak.

Jap…nak tanya demer2 nih – dgr kata semalam ada yg nak poser ari nih. Statement sapa kah itu?

Friday, March 2, 2012

kepakkepakgebunggebungkepakkepakgebunggebung

erkkk... kemanakah perginya mood nak packing2 barang nih?
drag masa lama dah nih nak kemas kainbajukelengkapan bagai utk trip esok. esok laaa sangattttttttttttttt...dah masuk 2/3 nih weeeihhh.

konon semalam, tp sebab semalam dah perabih rajin basuh kain baju...maka tetiba nak kuarkan skill mengemas mcm xpadanlaa kan. basuh baju keje hebiduti...kemas packing brg utk trip pun keje hebiduti. Dedua job kojerkeras ini sudah leyyybeyyyy baiya~~~

eh tak per tak per...ai mmg dah biasa rajin-rajin mcm nihhh~~~
:: demikian itu angelicYa berkata-kata::
angelic-angelic ada maknaaaaaaaaaaaa tuuuuuu~~~~

Ai cuti ampat ari.
yeayyyyy to me on Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
Selain dari mood nak pack brg yg sememangnyer tidakhada...mood nak usha2 carik port2 menarik jenjalan pun nan hado kali nih. which is weird n peliksssssssssss kuasa kuda. coz knowing me, ai mmg suker klw carik2 info part trip jenjalan nih...wlpn cumer kat Mehsia jer. Negaraku..tanah tumpahnya darahkuuu...

mungkin ai tumpang nebes...nebes sesangatsangat.

my BFF - Fiza is getting married!!!

apa lagi yang ai terhegeh2 buat kat umah nih???
lambat sangat rasanyer nak tunggu flight ke Penang tengahari kang.
Hari nih Fiza menikah dengan putera idaman hatinya, petang lepas Asar
& Esok adalah hari langsung.

rasa klw boleh time nih gak nak terbang, temankan fiza lalui detik2 yang bersejarah dlm hidup dia. Especially malam terakhir perawan---miahahahaa...matiklaa ai kene godam ngan fiza nihhhh.

ai xdpt nak elak dr tertanya2
Fiza tgh buat apa sekarang nih?
Neves ker dia?
Ada tak yang temankan dia?
klw xboleh tido---ada yang layan dia sembang tak?
1001 gejolakrasa melanda hati disaat menanti disatukan.
At least ai nak jadi dayang teman yang mampu meminjamkan sedikit percikan semangat kekuatan untuk dia menahan debaran. Macam yang pernah fiza buat utk ai 3 tahun yang lalu.
i owe you bigtime dear~~~sampai bila2 :)

Doakan ai sempat sampai k..
menuju destinasi tanpa sesat larat---double neves gak nih sbb xtahu jalan. Bertemankan garmin pinjam.

Thursday, March 1, 2012

Bizi Bee

Ingatkan nak tunggu tahun depan jer baru nak hapdet---lambat jugak ghupernyer nunggu tahun depan, lama sgt . Xjadiklaa…

Makanyer saya wujudlaa kat sini ari nih.

Beberapa minggu nih saya bizi

Rutin mcm biasa cumer sekarang makin kerap ai klip tag “SuriRumah” kat badan time balik umah. Gedebukgedebak wrestling meny’settle’kan halehwalrumahtangga segala, jam dah dekat pkl 1 lebih pagi. Tulang belakang dah mintak diluruskan. Lazat sgt tidur …serious ko..mmg xsedar…sampaikan Tuan balik pun terpaksa ketuk tingkap. Cara yg paling last setelah berusaha call hp + call phone umah + tekan loceng + ketuk pintu depan---semua gagal menyedarkan ai dr tido lena.Erkkk..mcmlaaa hari2 xkene ketuk tingkap kan?…loceng umah yg annoying tu pun xcukup mengganggu tidurku yang lene diulit intan emas…GOLD, I likeyyyy

Bukan laa kata ai seblum nih xbuat kerojerghumah yerrr uol…
Xbaahekkkkkkkkkkkkkkkk assumed sebegitu.
Mmg selalu ader jer ai buat…tp sikit la--- secumit :P
Coz berdua jer a.k.a Me + Tuan
Buat 2 langkah dah siap, campur lagi selangkah dah cukup semua keje umah xperlu nak buat lagi dah sampai minggu berikutnyer. ---kagum x? hyebat~~~I know :P

Keysahnya~~~
Lately my abah selalu ulang alik dr Senawang ke Clunk.
(even masa karang entri ni pun beliau ada depan mata ai tgk tennis…tennis 4EVA)
Bermalam 3-4 malam kat umah ai then barulaa beliau balik Senawang.
Ada urusan sebnarnyer.
Orang dah nak pencen bulan 6 nih.
Ada laa plan sikit2 nak meniaga cenggitu.
Enuff said. Fullstop.

Standard kan klw melibatkan mak abah, sure laa kita nak buat yg terbaheeeeeekkkk utk demer rite.
Hader ker umat yg buat xcara jer ngan parent?
Tu klw ada, nak kene debik kapla biar centre sikit fikiran tu n sedar dirik.
Sapa laa anda tanpa ibubapa anda.

So, klw selama nih ai rajin tahap 2…tp disebabkan parent, tahap kerajinan ai memecahkan tradisi tahap rajin ai sendirik yg so-so jer. Mampo guner istilah mcm ni??

Klw selalu… masak bila perlu—hehehe ampun Tuan (errmmm tapi---bukan Ya xnak masak tp dah Tuan kata nak diet, diet utk sihat katanyer bukan utk KURUS :P)
:: Now masak hari-hari bila abah ade :P

Klw selalu... kemas bila perlu---hehehe ampun Tuan (errmmm tapi---bukan Ya xnak kemas ari2 seblum ni tp nanti Tuan ingat ai nak request/favour in return a.k.a something dari dia pulak)
:: Now kemas hari-hari bila abah ada :P

Dua nih jer pun :P
tp mengada jer yg lebih mcm buat keje siap mengecat rumah bagai

.
.
.

panjang berjela explain kan.
Ringkasnya ai x blog lately sbb ai bizi & ai penat & ai layan mata tido.

Wassalam.

P/S: Alhamdulillah, ada jugak entry akhiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirnya...

Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah.  Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...