Monday, June 4, 2018
Shopping lampu + kipas time mood nak raya
harap hari nih mood masing2 bertambah ceria & bersemangat lepas enjoy weekend kan.
Utk akak pula, hari ni quite busy dgn kije.
Biasalaa klw nak mulakan 1st day each week mmg akan kelamkabut sikit, tambahan pula baru jer lepas monthly closing. Tu pun pepagi tadi baru dpt submit ke Finance. Jumaat ari tu xdan nak hantar, sbb habis semua pun dekat pkl 6 dah (merapuu jer laa nak balik awal kul 4.30 tu kan...duhhh).
Ni akak curi masa skit utk take break jap..boss pun xder ari nih,so dpt bertenang nak buat kije.Klw x, rasa neves jer klw nampak call/icq/jajc dr dia..pulak klw dia tetiba panggil kan..haha..dr tahu nak jawab kenkadang blank. Jawapan selamat>>>Saya check dulu & update once dpt info.
Anyway, wiken k.liya dis week pun xkurang sibuk, xtvt kat rumah byk yg perlukan attention buat masa ni. Especially kat area porch & open dapur kat belakang tu.
Habuk mmg tahap xdpt nak buka pintu. Sidai kain pun terpaksa dlm rumah. (mampuihlaa..habis pantang larang org tua dilanggar buat masa ni)
Sabtu lepas kami cari semua kelengkapan lampu..dekat 2K jugak hangus kat situ.
Antara yang dibeli:-
1) Lampu kalimantang panjang : 4units (awning depan-2 & opendapur-2)
2) Lampu kalimantang pendek : 1 unit (ruang tangga)
3) Lampu porch : 3units
4) Chandelier: 1unit (ni beli gedik2 bubuh kat master>>>feeling2 dok otel kononnyer mcm Shangri La dulu tu)
5) Lampu pillar: 2units
6) Kipas syiling: 2units
7) Baby fan : 1 unit (nama jer baby fan k.. bukan literally utk baby yer. Kipas ni saiz dia kecik skit...seswai utk keluasan yg terhad) Kipas nih kami nak letak kat bahagian istirehat di porch tu)
8)Kipas dinding - letak kat dapur luar.
9)lampu downlight - utk ganti lampu yg terbakar tu.
Yang xbeli lagi buat masa nih hanyalah lampu dinding utk bilik2 --more like lampu hiasan/ lampu tidur.
bab carik lampu nih kami just pergi kedai area Bukit Tinggi je, tp bukan kedai yg biasa kami beli tu (Popular Lighting). Ni kedai seblah dia (Orange) tu pun xder nak survey beria sgt...sbb dok carik lampu yg bebiasa, bukan yg fancy2. K.liya xminat lampu yg berkerlipan dan terlalu meriah ngan diamond2. Lebih prefer nampak kemas dan ringkas jer tp xjugak terlalu modern. Nanti laa klw ada masa K.liya share.
Seblum decide nak beli kat Orange nih, kami tgk jugak kat Avalon , sebab dulu masa cari 2 lampu chandelier kat livinghall tu kami beli kat kedai Avalon tp cawangan Nilai. Gigih laa suruh dia hantar ke caw Bukit Raja. Caw Bukit Raja ni pilihan lampu dia very limited...klw kat Nilai & Senawang tu kemain meriah sgt...
Bab pilih lampu ni K.liya mmg xberapa nak pandai sgt. lebih suami yg pilih.
Tp dalam jenuh pilih tu, bila bawak balik tengok boleh pulak sama ngan jiranseblah rumah!!! hahaha...sebijik sama. hahaha.
Somi dah setart rasa xbest... tgk dia ralit keluar masuk compare.
Utk puaskan hati esok tu kami decide tukar..kali nih k.liya pula yg pilih.
Tp stocks on-hand xder, kene order...harap sempat laa nak amik Jumaat nih. Sebab, klw boleh Sabtu nak pasang dah.
Dlm pada tu sempat jugak survey Kitchen kabinet utk dapur luar tu.
Plan carik material yg tahan lasak sikit sbb terdedah kan, jadi tengok material dr aluminium.
Kedai ni sederat ngan Kedai Avalon Setia Alam tp akak lupa pulak nama dia.
Tgk dari material mmg akak rasa puas hati, tp tang design dia tu...aduhai, mcm oldies laa pulak. Dari segi harga pon agak pricey, wlpn kita dah sedia maklum daya tahan dia yg kuat tu adalah selling point. Utk 8kaki jer dah dekat RM3 ribu... utk bawah jer tau.. bukan utk top kabinet.
kene fikir2 lagi laaa...xnak sampai budget tiris. bahaya tu...dah laa dekat nak raya. lagi byk nak pakai duit kan. Klw xpun buat masa nih biarlaa dia terkedang dulu. Xurgent sgt pon. Tp klw boleh mmg la nak siap seblum raya. Tp mcm xsempat jer....tinggal10 ari jer nih.
Friday, June 1, 2018
Puasa dan Kurus
Sedia maklum, bila time puasa jer memang ramai yang ambil peluang ni utk kurangkan pengambilan makanan. Akak faham n tau niat mereka2 ini untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama punya ingin utk kelihatan lebih KURUS dan menarik menjelang raya nanti..
Tetapi yang akak xberapa nak faham is that...perlu ke nyatakan niat korang yang nak kurus tu sejuta puloh kali kat akak ni? Dah jadi annoying pulak tau.
Pantang ada peluang buka cerita, xder yg lain nak ajak sembang..bab kurus..kurus..kurus.
Kononnyer nak ajak kita sama bersemangat turunkan berat badan. Ajakan yg baik tp cara tu yang xtepat. Lebih kepada nak menunjuk n acah2 best kat diri sendirik jer.
Haila..mcm2 ragam.
Ni akak nak share pengalaman akak sendiri.
Dulu akak xderlaa setembun ni (last timbang 80kg skrg)...dgn ketinggian 162cm, berat akak penah berada paling rendah 61kg (time nak kawin).
Pada akak kan, utk capai apa2 matlamat pon...diri sendiri tu yg kene fokus & tekad.
Klw dpt kawan yg punya cita-cita yg sama, memang jadi bonus utk kita lebih bersemangat nak capai matlamat kita tu. Dulu, sparing partner--- Mimi.
Bestnya Mimi ni, sama mcm akak jugak (jenis xsuka nak bergebang banyak2).
Less talk more action.
Xder nya kami nak menjaja citer sana sini.
Fokus disini maksudnya adalah, keep your target in mind.
Tanamkan keazaman & giatkan aktiviti yang boleh mencapaikan target anda nak kurus.
Tekad pulak membawa maksud...walau apapun terjadi jgn mengalah!!!
So, kedua2 ni perlu ada sematkan dlm diri.
Klw, kita xder 2 perkara nih... mmg acah2 jerlaa niat nak kurus tuuuuu.
Terus terang ckp, akak buat masa skrg nih xder nak kurus. TITIK.
So stopppppppppppppp...jgn nak eksen2 kurus depan akak dah lepas nih.
Please put the focus on yourself please
P/S...td lepas solat, sempat lagi dia bercerita ttg inches lost.
OMAIGADDD..macikkk dahlaaaaaaaaaaaaaa..
Thursday, May 31, 2018
Sambung citer bulan posa
kita bersiaran lagi hari ni yer.
Nak mulakan habit menulis, so awal2 ni kene push diri utk rajin.
Wlpn xder gambo...xperlaa kan.
Ok hari nih nak citer pasal bulan puasa .
Posa tahun ni bagi k.liya n somi lain skit. Sebab kekerapan berbuka di rumah parent makin meningkat, boleh kata setiap hari. Tu xmasuk lagi bab datang sahur pepagi kul 4.30. Terkejut-terkejut mak akak, tetiba ada org bagi salam tepi pintu dapur.
Selalu jer sebnarnya tido (tertido) kat umah mak lepas habis berbuka tu. Sesedar jer dah kul 4 a.m terus wasup somi mintak dia dtg terus umah mak balik kije nanti.
Klw dia kuar opis kul 3am tu, sempat laa nak sampai pukul 5. Tp klw mcm pagi tadi, gerak keluar dr opis pkl 4, mmg xdan. terus dia balik umah kami.
K.liya time bulan posa ni, management bagi balik awal 4.30pm. So sempat laa p umah mak tu tolong2 apa yg patut prepare utk berbuka. tengok mak gigih masak sesorang tu serius kesian. mak umo dah 58. Dgn sakit lutut lagi... pengorbanan seorang mak kan. Klw kita tegah pon, tetap dia gigih nak buat. Pesan jugak jgn masak berjenis2..lagi byk jenis masak, lagi lama duduk didapur tu. Mak, bila tgk anak ramai2 berkumpul kat rumah excited dia nak masak tu lain mcm. Tambah lagi, ngan kehadiran 2 menantu baru dlm keluarga. Tahun ni tahun pertama both of them sambut sebagai suami isteri dengan pasangan masing2. Ateh n somi mmg buat masa nih duduk sekali ngan makabah. Angah pulak rumah xlaa jauh sgt, sebrang Sg Klang jer :). Jadi ramai2 tu memang meriah..duduk makan berimpit2 dekat meja makan tu teringat zaman kami kecik2 dulu.
klw ikutkan, tahun ni yg parent k.liya ada sambut puasa sesama ngan kami adik beradik...tahun2 seblum nih, mak n abah memang akan pergi umrah. Contoh mcm tahun lepas, abah n mak pergi umrah lagi 2-3 hari nak posa. So, balik kije tu akak terjah umah mak bersilat kat dapur. Klw Ateh awal balik, dptlaa dia tolong. Alhamdulillah tahun lepas opah ada temankan kami. Janggal sgt rasanyer klw xder org tua kat rumah. At least ada opah semangat tu lain. Rasa seronok...klw kami2jer, rasa sedih.. sedihh kene tinggal. hahaha
K.liya xdpt lagi nak buat tarawikh. Buat masa ni, more fikir nak tolong mak jer utk kemas2 dapur n rumah. At least bila mak balik dr masjid tu, xlaa dia penat. dah boleh terus dia rehat. Tu jer laa yg mampu akak buat. Amalan lain mmg k.liya xpandai sgt...mana yg boleh/terdaya akak buat utk berbakti pada orang tua tu, harap Allah terima. Insaallah, nak juga rasa terawih.(berbuka kat hotel boleh, nak buat terawih mcm2 alasan ko kan)
Tengok tu betapa tipisnyer iman..aduhaiiii...sedar, tp ikutkan sgt penat badan tu.
Balik kije jap lagi akak nak singgah pet shop jap, nak tambah stock pasir kucing & beli lagi penyodok poopoo. Semalam dah beli, tp boleh pulak patah time baru nak sodok tu... keras betul pasir tu. K.liya beli pasir yg crumbling bila terkena poopoo + kencing tu. Plus, ada arang. So bau tengik tu xder la sgt n seswai utk kegunaan kucing yg byk.
Kucing2 k.liya buat masa ni mmg akak letak kat umah mak...selagi rumah kami tu xsiap renovate. Bising pulak jiran2 tu nanti klw kucing berkeliaran..rumah tgh terkedang xberpagar mcm tu mmg mengundang fitnah terhadap kucingggg jer nanti. Yang ada tinggal kat umah akak dlm 4ekor (tu pun baby kucing n mak dia)...yg lagi 10 ekor tinggal umah parent. Bulan puasa ni, lepas solat subuh tu akak akan cecepat kemaskan tmpt kucing akak tu seblum bergegas balik umah sesiap utk g kije. Terkejar2 jugak...smpi opis pun tergelincir2 lambat. Adeih... siap laa akak nanti nak menjawab bila boss tanya soklan cepu emas 'Kenapa LAMBAT' .
Ok.. till next entry.
Wednesday, May 30, 2018
Blog?? Lupa lagi laaa
xingat apa email n password yg diguna utk access.
Adulaa hai...seddeh.
Sebab mmg byk email yg K.liya guna.
Seingat K.liya ada dlm 5 email tp yg skrg active hanya 1 jer.
Bila dah byk umur nih rasa mcm xmampu plak nak handle byk email...rasa rimas.
Dulu buka email bebanyak sebab kononnyer nak separate utk jenis kegunaan.
Ada yang buka utk personal use only & ada yg guna utk formaliti.
Yang personal tu boleh ada 2-3 email lain lagi (zaman remaja dulu, ntah apa fikir pun xtahu laa).
Dah 2-3 ari K.liya cuba nak access sebnarnyer.
Dan 2-3 ari seblum ni rupernyer memang K.liya dah boleh access cuma K.liya yang xperasan yang rupanyer blog-blog ni dah link antara satu sama lain.
(haa..tgk, blog pun jenis nak byk...tp bertulisnya tidak)
Satu blog tu utk captured citer pasal T.T.C
Blog yg ni pulak utk rambling citer seharian yg akhirnya terjerumus cumer setahun 1 entry jer...hahaha sedddeyyyy.
Bukan mudah kan nak dptkan rhythm utk consistent menulis.
Elok2 taip tetiba rasa xbest..delete...cuba lagi tulis, pun delete.
last2 tinggal sebaris ayat. Tu pon nanti masuk dlm draft sebab xkan nak publish sebaris jer kan.
So kali ni berjaya tulis penuh...ok kowt as permulaan.
Dah nak kul 2..kene stop nak sambung kije..Blog ni dilayan time lunch jer. sbb klw kat umah xder laptop nak sambung. Tipu..laptop ada tp dah freeze kat drawer tu dekat 3tahun kowt. Puncanya, tgh2 guna tetiba re-start>>>stress xberkenan.
Dah ckp nak baiki tp makan tahun still tersimpan rapi..nak letgo, rasa sayang pulak.
Nak berblog kat enpon rasa mcm susah n xpuas.
Kita tgk laa mcmner kan.
Tp, ok gak ...at least klw menulis time lunch kurang sikit K.liya ni makan... berat dah makin menimbun2 dr pangkal berat 6...dah jadi 8.
Sebagai penutup celoteh hari nih...K.liya nak wish Selamat Berpuasa>>>14hari dah berlalu, rasa kejapp jer kan. Tau2 esok dah raya. Tingkatkan kualiti puasa...bukan sekadar tahan lapar n dahaga jer tau (nasihat utk diri sendiri yg lebih sebnarnya).
Insaallah...next kalam, kita bersiaran lagi.
P/S: Niat nak letak gamba sikit..nan hado dik, sebab enpon akak cumer takat support 3G jer, opis ni pulak coverage tak berapa nak bagus. So bertabah jer laa.
Esok2 klw dah boleh transfer pic, kita bubuh yer.
Tuesday, October 10, 2017
1st siaran dari tahun 2017
Ermm, xtahu nak mulakan dari mana.
Alhamdulillah, syukur sebab dpt balik blog yg memula k.liya create utk lepaskan cerita.
First time masa dpt tgk balik blog ni, terujaaa nyerrr Ya Allah tuhan jer laa yg tahu.
Try access ngan Email A xboleh.. email B pun salah. Email C yg memang jenjarang bukak tu pon password mmg dah xhengat.Try nasib, guna n godek2 password utk access email C...tup tup..wallaahhh. Berbintang mata jap
4tahun 4bulan berlalu (tarikh pun ala2 mcm nak sambut anibersari jer kekdahnyer), byk sgt dah yg berlaku dlm hidup k.liya ni.
Bila baca balik coret2 k.liya yg terdahulu pon...rasa alahaaaiiii kudusnyer laa citer hakak korang nih...bebudak sgtkan.Tukar henbeg cap ayam pon nak citer :P
Tp tulaa kan, citer setiap org berbeza...mungkin xmenarik utk yg lain baca tp utk yg empunya diri, tu laa citer yg paling tinggalkan kenangan utk share kat sini.
Bahasa paling mudah k.liya nak cakap, klw jadi tetamu kat blog@umah k.liya ni sila jaga tulislaku k. Klw tak suka apa yg k.liya citer, silalah beredar. Tujuan k.liya utk active balik menulis nih sebab terpanggil nak documented perjalanan hidup akak dan samasekali TIDAK utk puaskan hati semua org.
Pastinya 10, 20, 30 tahun nanti blog nih akan simpan byk sejarah hidup akak.
Manisnya kisah untuk dikenang,
Pahitnya pengalaman sebagai pengajaran
Insaallahhhh...
Dengan lafaz bismillah, K.liya kembali menulis
Thursday, June 6, 2013
Xleh tido...nyembang jap
Assalammm gengg...
Tgh lawan mata dr terlelap ni. Sbb siang tadi lepas jer kami discuss ngan kontraktor umah tu,singgah g mkn lunch jap kt Fruity then terus shoot anta en somi ke klang. Kejar masa sbbnyer halfday jer pon...lmbt kang,bertambah lg memo cinta dr HR....xkosa.
Kaitan ngan statement lawan mata td, ai kene laa berjaga utk make sure ai tak terhanyut tidooooo lenaaaa. Kang ada plak insan kamil yg gagah n gigih mengukur jln pepagi buta menapak balik ghumah.
So leh laaa update blog skit kannn.
Update pasal umah kali ni...
1.quotation kene rombak balik sbb Jimmy xmasukkan job plaster siling utk masterbedroom & wet kitchen.
Memandangkan most area dlm rumah nih dah siap2 plaster siling, so dptlaa jimat skit. Cumer nk kene tambah lighting point kasik terang.
2.job utk laundry area pun kene add-in. Bilik utiliti sebnarnyer.tp sbb xtahu celah maner nk bubuh mesin basuh...so convert laa bilik ni jadi bilik basuhan. Bukan buat apa sgt pon...just tmbah pipe n salur air serta add plug point.
3.hal kitchen pulakkk...ermmm bisa menggugurkan rambut kami. Plan asal nk ada wet n dry kitchen, tp nmpk gaya kene rentikanlah impian tu. Sbbnyer mahal bebeno lak regenya. So, buat jer kitchen sekaliarung. Xyah n wet or dry sgt. Bab ni byk kene ubah laa. Sampaikan design pun si Jimmy nih kene amik balik diubah. Bukan takat design jer, majalah rujukan akak pun dipinjamnyer jugak. Kemain ko Jimmykannnnn...sajer ai bwk majalah dapur tu, bagi si Jimmy ni nengok kekdah mana contoh dapur idaman ai. Idaman laaa sgt kannnnnnnnnn.
Jujur ai ckp bab dapur ni ai baru pikir serius bebaru nih jer. Selalunyer dok google tilam brand apa yg bole bagi efek tido bagai beradu didlm pelukan. Hahaha.....nampak nau rehatnya si Noya nih. Heeee
Hmmm....yg xberubah setakat ni hanya plaster siling utk hall n dining. Tu pun,belum tentu lagi tu...klw lepas revised quotation pun harga masih diparas idung,harus jugakkk kami caras designnyer. Hahaha... nasib laa kan, budget ciput.
Tips mudah : silalaa bwk lakaran or gambar yg korang berkenan utk ditunjukkan pd kontraktor korunk. Senang,tunjuk jer...xyah nak penat2 explain. Silap explain, lain lak nanti pemahamannya...udah lain laaa pulak ghuper nanti. Tips ni jugak berguna if kontraktor korunk pelat2 chumel time communicate ngan korunk...in our case si Jimmyni haa...kaluttt jer nak makan hurup 'R'.
Tu jer laa kowt nak citer..
Lainkali laa sambung, nk mandi jap. Tadi balik kije xsempat nak mandi tau2 adik ai bgitau yg air xdok.
Elok gak kan...at least jemput en somi kul 2am kang dln keadaan wangi. Heee...
----------------------------------
Cer tgk telinga capang yg menyendal kt hujung kaki ai.
Wednesday, June 5, 2013
Rumahku syurgaku
Boleh??
Dah lama xupdate blog, aleh2 nak masuk citer tang rumah...ater tetiba sgtkan.
Ni pun antara penyebab naper ai lama mendiamkan diri sebenarnya. Alasan nk menjustifykan tabiat malas nak update tu kan Noya. Alasan lain...tersangkut ralit blogwalking kat blog2 korunk yg kemain meriah ngan macam2 citer.heeee...sungguhhh. pandai beno korunk karang cerita. Ai nak citer, jenuh mikir tajuk.
Esok ai halfday pagi...semata2 nak ngadap kontraktor. Masuk kali ni dah 4kali ngadap.Kene laa gigih skit klw niat nak jimat...doakan perancangan kami berjalan lancar. Insaallah, ai akan cuber kongsi cerita utk panduan bersama. Bukan niat nk tunjuk lagak or hebat, allah jer yg tahu segala yg kurang dlm sisi diri ini.
Pada yg punya pengalaman ubahsuai umah tu,harapnyer sudi kongsikan tips pada kami somistri. Kami ni main lenjan jer. Huhuh
Thursday, February 14, 2013
Gambang WaterPark--- A deliciously trip all the way with the girls (part 1)
Seronok betul drive ke tempt kije sehari dua nih. Jalanraya yg asalnyer sentiasa padat with cars leh jadi lengang.Senyummm jer meluncur sampai ke pintu gate, wlpn gerak dr umah tadi leh dikatakan lambat laa jugak.
Lalu kat kawasan construction pun elokkk jer smooth wlpn diorg dah setart buat lencongan. Terfikir esok klw hari isnin, mmg perlu sangat-sangat gerak awal…tengok dr size lencongan tu mau berkilo-kilometer jammed. 4 lane jalan menyesak dlm 2 lane kecik.
Aiyaiyaiiiii…dah setat plan utk isnin nanti nak bawak bekal gegula or coklat dlm beg. Agak2 muka nak naik kelat dlm jammed, boleh gak nanti dimaniskan ngan sweets. Hee~~~
Wlpn dah setart kije 2 ari tp sebnarnyer masih dlm mood cuti xmo kije.
Eceeee~~~adalaa nih nak kongsi-kongsi citer. Antara kenangan termanis
diawal tahun 2013. Dpt peluang cuti-cuti with us all girls.
Trip nih actually happened last month on 12 & 13 with rakan-rakan baik merangkap teman sekerja.
Nak lepaskan mak-mak dara sekalian berjalan ramai2 kene laa amik ati “Mr” dulu kan. Ehemmmm~~~
Alhamdulillah, somi bagi greenlite.Antara sebab yg dia bagi pergi coz yg pergi tu semua dia dah kenal. Plus, bukan lama sgt pun trip---sehari semalam jer.
Deliciously trip to Gambang Waterpark
Tgk ayat pun dah letak point ‘sedap’.
So haruslaa nak bagitau yg ni adalah agenda jalan carik
makan-makan…waterpark tu hanya sekilas diair tenang.
First pit-stop kat hentian Petronas Lentang.
Tempat buka bekalan makanan.
Terasa mcm piknik2 lak…elok sgt location bentang tikar betul2 tepi tempat panjat bukit-bukit tu.
Klw ai x bagitau steyen minyak tadi, rasanyer dpt agak tak kat mana?
Rasa diri nih xmampu nak tahan kejutan2 mainan yg ada kat tmn tema2 cenggini…that’s why ai xberia nak pergi.
Tp, dah alang2 sampai kat Gambang nih ai redah laa jugak mainkan.
Main gelongsor yg menerap junam tu (gambo xder)…Seround jer laaa. xder lagi
dah….cukup laa try sekali. Separuh nyawaku pergi~~~
Then main lak gelongsor pelampong besar yg muat 8-12 org tu (gambo xder gak)Ingatkan ramai2 level extremnyer manja2 jer laa. Ghuper-ghupernyeeeeeeee
ekstremmmmm naharroommm jugak…haishhhhhhhhhhhhhhhh. Sepanjang masa pejam mata…elok berhenti tercampak dlm air, kepala dah setat pening…siap muntah lagi. Nasib baik xtermuntah dlm kolam tu.
Jenuh laa geng meng’ayat’ ajak try mainan2 lain yg hado.
Tp xder nyer nak try … baik duduk main kat kawasan kekanak…
Sat gi ai nak sambung citer bab makan diner yg epic.
So haruslaa entry khas kan~~~
Mengenangkan ajer saliva ai dah leleh-leleh
Wednesday, February 13, 2013
Luper password FB, email & alternate email access to FB?
Siap pasang niat balik kang nak melingkau lepaskan lelah otak berjaga
xcukup tido mlm tadi.
hakak stress---stress yg diundang antara sengaja & tidak sengaja kekdahnyer.
Naper?
sbb diri ini terhilangkan password FB---lerrr, gempabumi laa sgtkan
masalahnyer.
Boleh, klw kita ingat password current email @ alternate email. Klw
xhingat …or in my case, xtahu langsung.
Sebab account FB tu bukan ai yg punya….tetapi somi ku yg punyer. Tuan
tanah kedaung pun leh luper password email2 beliau…ater caner?
Password beliau mmg bukan rahsia
Sedari awal lagi mmg dah tahu. Selalu jer tumpang masuk tgk wall
dia…time dia ada, ai tolong log in kan… time beliau kije, ai tolong
riki2kan :P Time beliau bizi ai yg tolong accept fren or jawab kan..
eceeee…seksiteri sgt.
Nak jadikan citer, last 2 days account beliau xleh access. Locked katernyer.
Pelik gak…terus beliau tanya ai klw ada tukar password ke?
Seingat ai xbuat apa2.
Takat bukak n jenguk2 tgk gambar :P
Tp, time tu xderlaa risau sgt…sbb bukannyer retis pun nak budget org
hacked Shanaaz sgt kan. Oppss~~~ hehhhhh
So semalam memandangkan masih cuti, ai investigatelaa naper leh jadi
Locked2 nih.
Antara yg ai paham, katernyer ada cubaan kali-kali utk
hacked.SaNGaaAAAAaAATTTTT~~~…budget ala-ala retiskah somiku ini.
Ai try jer my luck..masukkan user i.d & password yg lama…tup tup…leh lak bukak.
Bila dah baca tadi kononnyer ada cubaan hacked, suspen cemas2 ayam
jugaklaa dibuatnyer. So ai tot, baik ai tolong tukarkan password tu.
Niat nanti nak letak note password baru dlm drawer beliau .
Siap semua, tutup lappy…terus mengadap kain baju yg timbun2 mintak dibasuh.
Selesai kerjakan kainbaju, sambung mengemas bilik yg mintak nyawa
dibuang habuk & sampah comel yg diperap2 dlm drawer2 itu. huh--citer
acik-acik.
Mula ngan drawer diri sendiri..segala bangsa kertas ada---surat,
bil,resit,.Beza sgt ngan drawer somi yg tersusun.
Part nih laa, when it's really strike me hard.
Asal ai xnampak note new password FB tu yer?
Bukan dah bubuh tadi ker…kelilauuuuu carik n bongkah2 balik sampah
kertas comel yg dah selamat masuk dlm plastic nak buang.
Klw dah namanyer niat----sekadar niat jer laa, buatnyer xder. Then,
baru ai teringat yg ai TAK buat langsung pun note tu, apatah lagi nak
letak dlm drawer.
TU satu hal… tang LUPER password tu…huhuhu.
Nak tak nak kene cecepat settlekan hal nih.
Sehabis daya xnak sampai dia tahu. Masak laa kan. Dah boleh agak apa
yg dia nak ckp..hewhew.
Godek-godek terjumpa laa info yg amat berguna utk dishare bersama semua.
See, ada hikmah setiap yg berlaku tu. Tengok, kita dah dpt ilmu baru.
Xder takat klik like like kat gamba jer kan ..teehee :P
FB ada bagi alternatif utk kita access password accout kita thru
bantuan rakan-rakan FB yang mengenali kita.
link directed to security code. 3 org rakan, 3 security code. Apa yg
perlu kita buat adalah hubungi rakan FB yg kita pilih tu, bagitau dia
yg bantuan anda amat diperlukan. Time nih laa nilai per’kawan’an dpt
dilihat. Samada kawan yg nak kawan ngan kita thru FB tu bebetul anggap
kita nih fren dia ke or takat pengenap no bilangan kenalan…ehhh,
buruksangka xbaik.
So once mereka dah bagitau kita ke-3 code tu, boleh laa kita masukkan
code tersebut melalui link notification yg FB terdahulu hantar
menerusi email kita untuk pengesahan pemilik.
Fasa seterusnyer we have to wait 24hrs. Cukup seharian menunggu baru
laa dpt access balik accout tu.
So far 2 out of 3 kawan dia dah reply.
Ai doa kuat-kuat nih supaya yg sorunk lagi tu ada masa nak jengah FB.
Minggu nih kan masih ramai lagi yg sambung cuti seminggu setart dr CNY ari tu.
So caner??
Ilmu baru kan?
Ilmu berFB namanyer..hahahahuhuh
P/S: Tadi dah selamat sms bagitau somi apa yg berlaku…xmarah tp
gerammm. Ngehhh. Nampak gaya kene lipatgandakan usaha utk retrieve semula account ittew. Caiyooookkkk
Tuesday, February 12, 2013
Shangri La, Putrajaya
Panjanglaa bagi ai yg merasa 4 ari cuti sama mcm uol yg lain, tp tidak buat suami terchentha yg kene merangkak ke tempat kerja on Monday.
perghh---merangkak...nampak nau keterpaksaannyer :P
Ni pun plan yg xberapa nak plan sebnarnyer.
Jujur ai ckp, ikutkan allocation budget kami somiisteri tahun nih mmg xder peruntukkan RM sgt utk g cuti-cuti.
klw ada lebih, kita pergi..klw xder..kita duk umah dediam. gittewla istilahnyer.
Tp dah nama pun somiisterikan, cuit paha kiri, peha kanan terasa-rasa gak cuitan 'ghaib' tu.
Bila suami bagi green lite short getaway masa CNY...ai agak terkejut sebnarnyer. Mmg laa, mulut ai nih yg gatai-gatai bertanya...sbb klw xtanya xtahu kan...kot laa untung sebut, leh bercuti..klw xder untung ai duk umah jer laa main kucing.
Dgn budget yg ciput n cuti en somi yg terhad, sudahnyer kami ke Putrajaya jer.
Sebetulnyer kami cumer duduk+makan+ tido kat otel jer.. xjenjalan langsung pown.
xkisah laa... tu pun ai dah syukurrrrrrrrrrrr alhamdulillah.
janji ada mood percutian gittew.
Monday, February 11, 2013
Post pertama di 2013
serius matikrindu nagn blog sendirik.
To be honest, hari2 jer ai jenguk blog ni. tp nak meng'update'nyer tu..alahai, tersangkut2...heee
Sejak bulan doplas ari tu, kat umah dah makin meriah, ramai org...mak abah adik beradik semua dah duduk sebumbung sekali. so, klw ai tgh nak buat entry kat depan, sayup2 jer dgr suara-suara mereka bersembang-lembang kat belakang...sungguh xbest klw xjoin sekali kan kan kan.
sekali dua tu boleh laa men'dunno' kan diri.
mcm xbest jer klw xjoin sekali amik tahu update ahlikuarga.
Tu citer ahli kuarga....tang anak2 bulu yg duk berkepit xleh nak gerak time landing buat entry tu camner?
Semalam K.liya berbuka sorang jer kat rumah. Ntah kenapa badan rasa lenguh n letih sungguh. Betul2 xlarat. Tu pon semalam mcm 50-50 jer. ...
-
Pagi tadi k.liya bersahur kat umah jer ngan somi. Tp lauk-pauk dah siap tapau sikit seblum balik umah lepas berbuka dari umah makabah semal...
-
pagi tadi mcm biasa, lepas sesiap nak g keje...tgk kasut kat rak cumer ada sepasang jew... dlm ati.. oh..mungkin ada dlm keter..xpew aa jal...

